GWGF RANGKUL TEMPAT KEDUA DALAM ACARA BERGU WANITA TERBUKA


Penyertaan kali pertama Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dalam Kejohanan Badminton Melayu Malaysia Piala Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kali ke-53 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Badminton Melayu Malaysia bertempat di Stadium Badminton Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 21hb September sehingga 25hb September yang lalu telah membuahkan kejayaan buat pasukan bergu wanita GWGF yang berjaya mendapat naib johan.

Seramai 13 orang pemain telah diturunkan sebagai barisan pemain mewakili GWGF dimana ianya terdiri daripada 7 peserta lelaki dan 6 peserta wanita. Pemain-pemain ini telah dipilih melalui kejohanan badminton yang telah dianjurkan oleh GWGF di setiap wilayah bermula Ogos 2010 hingga Julai 2011 lalu.

Pasukan GWGF yang dibimbing oleh jurulatih pasukan iaitu En.Abd Rani Abd Wahab yang juga merupakan jurulatih SUKMA selangor ternyata tidak mengecewakan. Kemenangan naib johan yang diperolehi oleh pasukan bergu wanita yang diwakili oleh Cik Norashikin Mohd dan Cik Nur Shamsinar Sharifuddin ternyata mengubati kekalahan pemain-pemain lain.  Akan tetapi, kalah sekali tidak bererti kalah selamanya. Percubaan kali pertama oleh pasukan GWGF ini pasti akan memberikan pengajaran berguna buat para pemain dan boleh dijadikan pemangkin bagi menhadapi pertandingan akan datang.




Diharapkan dengan penyertaan seperti ini dapat membuka ruang buat pemain-pemain sukan badminton FELDA ini menimba pengalaman yang berguna dan meneruskan perjuangan sehingga peringkat antarabangsa seterusnya menyuntik semangat serta menaikkan minat warga FELDA di tanah rancangan untuk turut bergiat dalam sukan ini.

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN