SUMBANGAN DARIPADA GWGF KEPADA 3 BERADIK YATIM PIATU

Di atas rasa prihatin dan simpati terhadap apa yang telah berlaku kepada keluarga mangsa kejadian langgar lari di FELDA palong 12 29hb September lalu, GWGF yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Kamarulzaman Mohamad telah tampil menghulurkan bantuan kepada anak-anak mangsa tersebut iaitu Liahisma Tusdiana,Lilipitriama, dan Julai Normalah pada 30 September 2011 yang lalu. Hadir sama semasa sesi penyerahan sumbangan daripada wakil GWGF itu adalah Pengurus FELDA Palong 12 dan 13 iaitu Encik Ismail Satiman.

Menurut Ketua Pegawai Operasi GWGF, Encik Kamarulzaman Mohamad, GWGF akan cuba mengurangkan beban mereka termasuklah dari segi kewangan dan membantu mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna selain dalam masa sama akan memantau masa ke semasa supaya adik-beradik berkenaan tidak menghadapi tekanan sehingga menjejaskan pembelajaran mereka memandangkan mereka masih belajar lagi.

Untuk memastikan nasib mereka terus terbela, pihak GWGF akan membantu ketiga-tiga beradik ini mendapat dan meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan pula, sekarang pihak GWGF ada kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah program Menuju Destini Anak Bangsa (MDAB) dan jika mereka layak, mereka berpeluang menyambung pengajian di sana.

Selain itu, pihak GWGF juga berhasrat menubuhkan Tabung Cakna GWGF yang bertujuan mengumpul  sumbangan sebelum diberikan kepada pihak yang memerlukan. Selain masyarakat FELDA, orang luar juga di alu-alukan untuk menghulurkan sumbangan kepada tabung ini.  Dengan adanya Tabung Cakna GWGF ini, diharap dapatlah disumbangkan kepada pihak-pihak yang memerlukan bagi meringankan beban dan hidup mereka terbela.

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN