Program Road To Bandung Games 2011

Bandung, Indonesia 11 Disember 2011 – Kelab Umno Medan dengan bantuan yang diberikan oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA dengan kerjasama Pertubuhan Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara telah mengadakan Program Road To Bandung Games 2011 bertempat di Universitas Pendidikan Indonesia yang terletak di Jl. Dr. Setiabudhi No. 229,  Bandung 40154 Jawa Barat, Indonesia di mana Kelab UMNO Medan telah menghantar lebih kurang 85 peserta atau mahasiswa dari Institut Agama Islam Negeri Medan (IAIN) , Universiti Sumatera Utara (USU) , Universiti Negeri Medan (UNIMED) iaitu universiti-universiti yang terdapat di Medan untuk bertanding dalam sukan dan permainan yang dipertandingkan di Bandung Games 2011. Antaranya adalah futsal, bola keranjang, badminton, ping pong, bola jaring, bowling, bola tampar, Battle of the Bands dan ada juga permainan tradisional seperti batu seremban, hand wrestling dan congkak.

Majlis Perasmian Bandung Games 2011 telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 10 Disember 2011 pada pukul 7 pagi WIB. Ucapan oleh YB dan juga ketua kepada Bandung Games 2011 ini, Syed Muhammad Hafiz Syed Hassan telah disampaikan di Gymnasium Parking Lot. Penasihat Agung Kelab UMNO Medan, Dato’ Wira Haji Jamaluddin juga tidak melepaskan peluang untuk terbang ke Bandung untuk memberikan sokongan penuh kepada kontinjen Medan dari hari pertama sehingga tamatnya Bandung Games 2011.


Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN