Program Jalinan Ukhwah Orang Muda 2011 & Sambutan Hari Peneroka Peringkat FELDA Inas, Kulai Johor


FELDA Inas Utara, Kulai, Johor 31 Disember 2011- Kepimpinan FELDA Inas dengan kerjasama JKKR FELDA Inas, GPW, MBFM dan GWGF telah mengadakan Program Jalinan Ukhwah Orang Muda 2011 & Sambutan Hari Peneroka Peringkat FELDA Inas sempena menyambut Tahun Baru 2012. Ia merupakan program penutup tahun 2011 yang dilaksanakan di FELDA Inas Utara, Kulai Johor. Ia mensasarkan penglibatan seluruh lapisan masyarakat setempat khususnya masyarakat FELDA. Kepimpinan FELDA, Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program ini merupakan projek bersama di antara Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Rancangan (JKKR) dan Kepimpinan Belia FELDA Inas Utara. Antara program-program yang dilaksanakan adalah Bacaan Yasin & Tahlil sempena menyambut tahun 2012, Pertandingan Karaoke Lagu 60-an & moden, Pertandingan Futsal, Senamrobik, sukan rakyat, cabutan nombor bertuah, ceramah keselamatan, pendaftaran pemilih di kaunter Suruhanjaya Pilihanraya dan Ceramah Agama. Program ini telah dirasmikan oleh YB Hj. Kamaruzaman Ali, ADUN Bukit Permai Kulaijaya. Program seumpama ini telah mendapat sambutan dan penglibatan daripada masyarakat setempat yang amat memberangsangkan.


Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN