PROGRAM PENERANGAN DI FELDA GUAR NAPAI, KEDAH

Tempat : DEWAN SERBAGUNA FELDA GUAR NAPAI
Tarikh : 10 JANUARI 2012

Bahagian Penerangan dan Tugas-tugas Khas GWGF dengan kerjasama Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM) telah mengadakan satu sesi program ceramah penerangan kepada ketua-ketua peneroka Felda Guar Napai, Kedah yang bertempat di Dewan Serbaguna Felda Guar Napai. Program ini bertujuan untuk menerangkan mengenai isu terkini yang melibatkan warga Felda (peneroka dan generasi peneroka Felda) kepada ketua-ketua peneroka berkenaan. YBhg Datuk Abdullah Abu Bakar dan En. Kamarulzaman Mohamad telah memberi penerangan bagi mewakili pihak Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF). Seramai 30 orang wakil-wakil peneroka termasuk dari FELDA-FELDA yang berhampiran telah menghadiri majlis tersebut.