JAMUAN HARI RAYA STORM RIDER BERSAMA BIKERS


SUNGAI PENCALA,23 Julai 2016 : Kelab Storm Rider GWGF bernaung sebagai sebuah badan sukan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan. Kelab Storm Rider GWGF merupakan kelab yang menghimpunkan penunggang mototrsikal berkuasa besar dari seluruh Malaysia.

Ditubuhkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail pada 11 Mac 2011, Kelab Storm Rider GWGF digerakan atas matlamat untuk menyatupadukan golongan belia di seluruh negara menerusi aktiviti riada bermotorsikal. Bersama-sama ahli yang kian mencecah seramai 8,000 orang dari seluruh negara, Kelab Storm Rider GWGF merupakan medan terbaik untuk golongan muda bersosial secara sihat di samping mengcungkil dan mengetengahkan bakat mereka dalam arena permotoran.

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri YBhg. Tan Sri Rozali Ismail merangkap Presiden GWGF telah menganjurkan suatu Majlis Jamuan hari Raya Storm Rider bersama Riders dalam usaha YBhg. Tan Sri Rozali Ismail mengeratkan lagi silaturrahim dan jalinan ukhwah sesama bikers yang menganggotai Kelab Storm Rider GWGF.

Selain mengeratkan lagi hubungan diantara ahli Storm RIder, majlis ini turut bermatlamat untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan )JPJ). Majlis ini turut membuka ruang bagi YBhg. Tan Sri untuk beramah mesra dengan rakan-rakan media yang telah banyak memberi sokongan kepada Kelab Storm Rider GWGF.

Majlis ini telah dihadiri oleh Presiden Kelab Storm Rider GWGF, YBhg. Dato' Haji Borhanudin Ramli, YBhg. Datuk Nadzri Siron, Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Tuan Nazli Taib Pengarah JPJ Negeri Selangor dan barisan kepimpinan JPJ Negeri Selangor.

























Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN