KUNJUNG HORMAT GENERASI FELDA YANG BERJAYA - TUAN MOHD AZHAR BIN MOHAMED ALI, YDP MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT



BANTING, 21 Mac 2016. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) meneruskan kunjung hormatnya ke atas generasi baharu FELDA yang berjaya dalam bidang masing-masing dan kali ini memilih  YBhg. Tuan Mohd Azhar bin Haji Ali, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat.

Delegasi GWGF yang menyertai kunjung hormat ini diketuai oleh Timbalan Presiden, YBhg. Lt. Kol (K) Datuk Haji Abdullah Abu Bakar. Turut serta beberapa pegawai antaranya, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, Dr. Abdul Rahim Aw. Kechik; Ketua Pegawai Operasi Malaysia, Mohd Ismail Masri; Mohd Syafiq bin Abdul Wahab, Setiausaha Eksekutif dan Muhammad Hafiz Hj. Bahari, Eksekutif Perhubungan Korporat.

Yang Berbahagia Tuan Mohd Azhar bin Haji Ali merupakan generasi FELDA dari FELDA Gendangsa, Hulu Selangor. Latar belakang pendidikan beliau merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sains Sosial). Setelah tamat pengajian dalam peringkat Ijazah, beliau meneruskan kembara ilmu ke Australia untuk mengikuti Sijil Pendidikan Khas selama setahun dari Universiti of Flinders, South Australia pada tahun 1998. Kemudian beliau meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana dalam pengkhususan bidang kesenian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebagai Penolong Setiausaha ( Gred M41) di Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada tahun 2001, dan seterusnya telah bertukar ke beberapa jabatan kerajaan yang lain sehingga beliau secara rasmi telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat pada usia awal 38 tahun pada tahun 2012. Berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menjawat jawatan Pegawai tadbir dan Diplomatik sebelum ini adalah melayakan beliau untuk menjawat jawatan YDP termuda ketika itu.

Tuan Mohd Azhar bin Haji Ali telah dikurniakan Anugerah Pingat Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) atas kapasiti jasa dan pengorbanan beliau dalam membantu masyarakat khususnya sekitar Kuala Langat. Selain itu, sikap mesra beliau dengan masyarakat Daerah Kuala Langat wajar dicontohi oleh penjawat awam yang lain, kerana beliau sering turun padang mendengar setiap keluhan masyarakat setempat khusunya bagi kes-kes yang senantiasa menajdi isu PBT iaitu denggi dan juga longgokan sampah sarap.

Seiring dengan objektif kunjungan hormat GWGF yang bertujuan berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan dengan anak-anak FELDA yang berjaya, Tuan Mohd Azhar bin Haji Ali Haji memberi komitmen dalam membantu generasi baru FELDA untuk berjaya di dalam bidang pelajaran. Selain itu juga beliau menyambut baik langkah GWGF dalam menjejak anak-anak FELDA yang berjaya kerana secara tidak langsung ianya akan membuka mata beberapa pihak bahawa masyarakat FELDA juga mampu bersaing dengan yang lain. Beliau juga mengharapkan agar, NGO-NGO lain turut melaksanakan program seperti ini.

Antara buah fikiran yang dilontarkan berkenaan dengan pemilikan rumah mampu milik yang dikelolakan oleh FELDA untuk generasi FELDA dengan mencadangkan bahawa syarat pemilikan harus dilonggarkan memandangkan generasi FELDA yang berada di tanah rancangan masing-masing kebanyakannya tidak mempunyai slip gaji dan ini membataskan generasi FELDA yang ingin memohon rumah tersebut. Tambah beliau lagi penglibatan-penglibatan NGO FELDA seperti KAF, MBFM haruslah memberi impak kepada masyarakat FELDA dengan menjayakan program khidmat sosial kepada warga FELDA khususnya. Selain itu beliau juga mencadangkan agar FELDA dan GWGF membantu kerajaan dari sudut menarik undi orang muda supaya Barisan Nasional akan dapat terus diberi mandat dalam mentadbir kerajaan.

Pada pertemuan yang sama juga, beliau telah menekan beberapa aspek kepada GWGF sebagai sebuah badan bukan kerajaan ialah dengan membantu kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak dalam bersama menepis segala tohmahan yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Pegawai Perhubungan Korporat GWGF, Muhammad Hafiz Hj. Bahari menyatakan idea kunjung hormat ini telah diilhamkan oleh Presiden GWGF, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Kunjung hormat GWGF telah dimulakan pada awal tahun 2014 dan sehingga Mac 2016 sudah lebih 30 orang generasi FELDA yang berjaya ditemui dari pelbagai bidang seperti usahawan, ahli politik, ahli korporat, penjawat awam dan sebagainya. 


YDP MDKL, Tuan Mohd Azhar Haji Ali, menyampaikan pandangan beliau berkenaan FELDA


YBhg. Datuk Haji Abdullah mendengar setiap pandangan Tuan Azhar dengan teliti


YBhg. Datuk Haji Abdullah menyampaikan pandangan beliau


YBhg. Datuk Haji Abdullah menyampaikan pandangan beliau



Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Mohd Ismail Masri juga turut melontarkan idea dan pandangan berkenaan generasi FELDA


YDP MDKL mengucapkan terima kasih kepada rombongan GWGF


YBhg. Datuk Haji Abdullah mengucapkan terima kasih kepada YDP Kuala Langat kerana sudi menerima kunjungan pihak kami


YBhg. Datuk Haji Abdullah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Mohd Azhar


Tuan Mohd Azhar menyampaikan cenderahari kepada YBhg, Dr. Abdul Rahim Aw. Kechik


Tuan Mohd Azhar menyampaikn cenderahari kepada Encik Muhammad Hafiz Haji Bahari, 

Pegawai Perhubungan Korporat GWGF









Muhammad Hafiz Haji Bahari

Pegawai Perhubungan Korporat
Gabungan Wawasan Generasi FELDA



Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN