KONVOI KELAB STORM RIDER GWGF KE KARNIVAL JOM JPJ DI KUALA SELANGOR



KUALA SELANGOR - 28 Februari 2016 - Kelab Storm Rider GWGF adalah persatuan dibawah naungan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) sebagai badak induk. Dalam program ini Kelab Storm Rider GWGF telah bersama-sama dengan YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF merangkap Penaung kepada Kelab Storm Rider GWGF menyertai konvoi bermotorsikal sempena program Jom JPJ peringkat Negeri Selangor. Penglibatan ini adalah secara tidak langsung memberi sokongan kepada JPJ dan PDRM dalam bersama menjadikan aktiviti permotoran ini sebagai aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada semua generasi muda.

Konvoi yang bermula dari Masjid Puncak Alam telah disertai lebih 200 biji motor berkuasa tinggi dan rendah. Majlis pelepasan konvoi ini dimulakan dengan ucapan YBhg. Tan Sri Rozali dan taklimat keselematan daripada JPJ seterusnya bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Puncak Alam iaitu Al- Fadil Ustaz Fauzi.

Ketika dalam ucapan aluan, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail turut menekankan keselamatan ahli-ahli konvoi harus diutamakan walaupun konvoi ini diiringi dengan kenderaan JPJ. Tambah beliau lagi aktiviti yang dilakukan oleh Kelab Storm Rider GWGF ini adalah model kepada kelab-kelab motor lain supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan PDRM dalam membantu mereka dalam setiap program yang dilaksanakan.

Kelab Storm Rider GWGF mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Pengarah JPJ Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Seri Ismail Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Yang Berhormat Datuk Irmohizam dan pengarah JPJ Negeri Selangor Yang Berbahagia Tuan Nadzli Taib kerana senantiasa memberi kerjasama kepada Kelab Storm Rider GWGF.







































Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN