MAJLIS PERJUMPAAN & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GABUNGAN GWGF , NGO FELDA DAN GENERASI BARU FELDA 2015

KENYATAAN MEDIA                                                                                            
 17 MEI 2015         

MAJLIS PERJUMPAAN & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GABUNGAN GWGF , NGO FELDA DAN GENERASI BARU FELDA 2015

Shah Alam, 17 Mei 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menganjurkan Majlis Perjumpaan Bersama Persatuan Gabungan Dibawah GWGF, NGO FELDA dan Generasi Baru FELDA.

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Theathre Art, Management Science University (MSU) Shah Alam, Selangor pada 17 Mei 2015 pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang yang melibatkan 500 Generasi Baru FELDA di sekitar Lembah Klang dan juga Peneroka dan Penerokawati serta kakitangan FELDA dan agensi berkaitan.

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, Mesyuarat Agung telah dijalankan oleh setiap persatuan yang diwakili oleh ahli-ahli dari seluruh Malaysia.  Persatuan-persatuan yang terlibat adalah seperti berikut :-
  1. Gabungan Wawasan Generasi FELDA
  2.   Persatuan Peneroka FELDA Malaysia
  3.   Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia
  4.  Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia
  5. Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia
  6. Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
  7. Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
  8. Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia
  9. Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia
  10. Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia
  11. Kelab Storm Rider GWGF
  12. Pertubuhan Imam Muda FELDA Malaysia
  13. Kelab Wartawan Anak-Anak FELDA Malaysia
  14. Pertubuhan Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia
Turut sama dalam perjumpaan ini ialah :
  1.  SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri
  2. Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP) yang mewakili Peneroka & Penerokawati seluruh Malaysia.
  3.  Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM)
  4.   Pertubuhan Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM)
  5. Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA) daripada 22 IPTA seluruh negara.
  6. Gabungan Profesional FELDA (GAPROF)
Majlis perjumpaan ini diadakan bagi mengumpulkan Generasi Baru FELDA dan wakil-wakil persatuan dari seluruh negara bersama-sama GWGF dan FELDA dalam berkoloborasi idea, pengalaman serta merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan kemajuan dan pembangunan FELDA secara keseluruhannya.

Perjumpaan bersama persatuan-persatuan gabungan ini juga melihat isu-isu semasa berkaitan tanah rancangan FELDA dan mencari idea-idea baru untuk pembangunan Generasi Baru FELDA dan FELDA secara keseluruhannya.

Perjumpaan ini juga dihadiri bersama wakil YBhg. Datuk Hanapi Suhada, Pengarah Besar FELDA yang akan berkongsi berkenaan ‘ Masa Depan FELDA’ dengan semua hadirin yang hadir. Perkongsian ini akan menunjukkan bahawa kesediaan FELDA dalam membantu Generasi Baru FELDA untuk lebih maju dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan pendidikan.

Selain itu, GWGF juga berpendirian untuk terus menyokong penuh kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia juga  Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal FELDA. Dibawah pentabdiran YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak terdapat banyak pembaharuan dan penambahbaikan telah dibuat oleh kerajaan terhadap masyarakat FELDA.

GWGF juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri telah banyak membantu warga FELDA dibawah program Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menubuhkan Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan latihan diseluruh rancangan tanah FELDA. Terdapat banyak pembangunan yang telah dibuat kepada Pusat Dalam Komuniti ini dan ianyanya telah menjadi model pembangunan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) ini.

Pihak GWGF mengambil kira perkara yang berlaku yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan perbadanan milik kerajaan yang lain.  Jesteru itu, GWGF berharap agar FELDA dan FGV dapat megurus tadbir dengan cekap dan lebih transparent supaya hak-hak dan kepentingan masyarakat Peneroka & Generasi Baru FELDA terus terpelihara.

GWGF berharap FELDA dan FELDA Global Venture Berhad (FGV) menyusun tadbir asset dan perlunya rearrange dengan tadbir urus yang baik, telus dan professional berdasarkan undang-undang yang sedia ada dan melihat kepentingan masyarakat FELDA dan negara melebihi kepentingan sendiri.

GWGF juga mencadangkan apa jua bentuk pelaburan besar perlu melalui satu sistem tapisan dengan mengambilkira pandangan profesional termasuk pihak Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF).

Dalam majlis ini juga akan diadakan majlis menandatangani MOA antara Puncak Niaga Research Centre Sdn. Bhd., GWGF dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd berkenaan Study On Water Demand And Water Supply System In FELDA, Orang Asli And Remote Settlement In All States In Malaysia’

Kajian ini akan dilaksanakan secara menyeluruh berkenaan masalah dan sistem air di seluruh Malaysia dan akan dibentangkan kepada pihak yang tertentu  untuk membantu menyelesaikan masalah air yang terdapat di kawasan-kawasan tertentu.

Di dalam majlis ini juga akan dilancarkan aplikasi myGWGF yang akan memuatkan pelbagai informasi dan maklumat terkini berkaitan GWGF yang boleh diakses di talefon pintar masing-masing. Aplikasi ini diperkenalkan untuk memudahkan 133,678 ahli berdaftar mendapatkan maklumat dan terbuka juga kepada seluruh rakyat Malaysia.Dengan aplikasi ini, segala aduan, komen dan pendapat boleh disalurkan dengan cepat dan berkesan.

Diharap dengan perjumpaan ini, hubungan rapat GWGF dengan seluruh generasi FELDA seluruh Malaysia dapat terus berkekalan dan demi pembangunan FELDA keseluruhannya.


SHAH ALAM
17 MEI 2015

Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN