KARNIVAL JOM KE STADIUM BERSAMA FELDA UNITED

Assalamualaikum dan Salam 1 FELDA

Catatan Peristiwa.

NILAI, 9 MEI 2015 - Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah mengadakan pameran mengenai GWGF di Karnival Jom Ke Stadium Bersama FELDA UNITED. Karnival ini telah berlangsung selama 1 hari bermula pada jam 8.00 pagi dengan senaman aerobik antara ahli pelajar mahasiswa anak FELDA (PERSADA) dari 18 Universiti Awam.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Isa Kasim, Ahli Lembaga Pengarah FELDA.Selain itu turut hadir pada pagi perasmian adalah Tuan Nasir Embong, Pengurus Besar Wilayah Mempaga.

GWGF turut hadir bersama memeriahkan majlis dengan membuka booth pameran. Antara yang terlibat dalam booth pameran adalah dari FELDA Sawari, Yayasan FELDA, FELDA united dan juga FELDA Travel.

Antara VVIP yang hadir melawat booth GWGF adalah YBhg. Datuk Hanapi Suhada, Pengarah Besar FELDA. Antara lain yang melawat adalah Pemain dari FELDA United iaitu Indra Putra dan Shukor Adan. Selain itu juga rakan artis seperti Yasin SYJ, Black Mentor, Danny X-factor, Roy Azman, Syed Aiman dan lain-lain lagi.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Isa Samad, Pengerusi Felda.
Shah Alam.











Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN