GWGF – SEMAI BAKTI ERATKAN HUBUNGAN

KUALA LUMPUR, 1 September 2016; Program Semai Bakti fasa pertama merupakan satu usaha sama di antara Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) yang telah mula bergerak aktif sejak tahun 2004.

Program ini merupakan satu projek khas yang dilaksanakan oleh pihak Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang mengfokuskan bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dan pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Malaysia sebagia satu tanggungjawab sosial dimana ianya merupakan satu strategi pembangunan kemasyarakatan yang membolehkan golongan OKU menjalani program pencegahan, pembangunan dan pemulihan bersepadu dalam pelbagai sektor agar mereka dapat berdikari dan diintegrasi ke dalam masyarakat.

Dalam lawatan kunjungan hormat GWGF kepada YBhg. Puan Sri Datuk Dr. Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Setiausaha Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti antara perbincangan yang dibangkitkan adalah mewujudkan satu usahasama semula antara GWGF dan Semai BAKTI dalam menjalankan program-program khususnya di kawasan FELDA seluruh negara yang melibatkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Turut serta dalam perbincangan adalah YBhg. Datin Zamzamah Haron, Ahli Bersekutu BAKTI dan Puan Rina Haryaty Abdullah, Eksekutif BAKTI.

GWGF menyambut baik cadangan dan saranan yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Semai Bakti dalam mengadakan program khidmat sosial kepada pelatih-pelatih di PDK khususnya di kawasan FELDA.

Objektif kerjasama yang akan dijalankan adalah mengfokuskan dalam menyediakan peluang-peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi diri masing-masing serta membantu mewujudkan masyarakat penyayang yang peka terhadap keperluan OKU di pusat PDK dan memastikan OKU terus bermotivasi dalam setiap perkara.

Sehingga kini, 293 buah PDK di negara ini digerakkan oleh 1,201 tenaga pekerja dan guru pembimbing. Tanah rancangan Felda yang memiliki PDK paling banyak adalah Pahang iaitu 12 buah, diikuti oleh Johor dan Negeri Sembilan yang masing-masing memiliki lapan buah, Terengganu (5), Selangor (3), Perak dan Sabah (2), manakala, Melaka, Kelantan dan Kedah masing-masing memiliki sebuah PDK. Keutamaan bagi memasuki pusat-pusat itu terbuka kepada anak-anak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit Sindrom Down, Autism peringkat ringan, kecacatan anggota atau mereka yang mengalami masalah pembelajaran spesifik yang tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya.

Sementara itu, GWGF menggesa semua pihak termasuk golongan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan lebih besar dalam menjayakan matlamat PDK untuk membantu OKU. Selain daripada sokongan material, OKU memerlukan dukungan berterusan daripada masyarakat termasuk mendapat kasih sayang dan simpati agar mereka tidak tersisih dan merasa dihargai.

Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Dr. Abd Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, En. Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Eksekutif Kanan Tugas-Tugas Khas.

MOHD ISMAIL MASRI
Ketua Pegawai Operasi
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)



Banggunan BAKTI Siti Hasmah


 YBhg. Datin Zamzamah Haron, Ahli Bersekutu BAKTI 


 Puan Rina Haryaty Abdullah, Eksekutif BAKTI.


Gambar berkumpulan


Dr. Abdul Rahim, Ketua Pegawai Operasi GWGF membentangkan cadangan daripada GWGF


Dr. Abdul Rahim, Ketua Pegawai Operasi GWGF menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Puan Sri Datuk Prof. Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim


MUHAMMAD HAFIZ HAJI BAHARI
Pegawai Perhubungan Korporat
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)



Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN