MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN DAN GRADUASI PLKN 2.0


RAUB, 25 MEI 2016 ; Lt. Kol (K) Datuk Haji Abdullah bin Haji Abu Bakar, Timbalan Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan dan Graduasi PLKN 2.0. Para pelatih PLKN ini merupakan kumpulan pertama siri 13 pada tahun 2016. Semasa dalam ucap utama perasmian, beliau turut menekan kepada para pelatih agar senantiasa mencari ilmu atau kelebihan diri untuk terus maju jaya dalam semua bidang. Di akhir ucapan, beliau mendoakan kepada semua pelatih agar menabur bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Turut hadir Mejar Zafhian Haji Abdullah Komandan Kem PLKN Benum Hill Resort, Kapten Zuraidi Mokhtar Timbalan Komandan, Kapten (B) Pardi Atmarjo Timbalan Komandan Latihan, Yang Arif Tuan Murtazadi Amran Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh dan En Rosland Hussen Pengarah PUSPEN Sg. Ruan Raub.














Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN