KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA

PERTUBUHAN KONTRAKTOR GENERASI FELDA MELAKSANAKAN KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA

JENGKA, 11 November 2015 Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia adalah sebuah persatuan yang diwujudkan untuk menghimpunkan seluruh kontraktor Generasi FELDA di bawah satu payung dan menarik minat para belia dan beliawanis dalam bersama-sama menyertai bidang kontraktor ini. Program ini melibatkan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan mendapat kerjasama daripada Bina BMK Sdn. Bhd selaku konsultan berdaftar bersama CIDB telah mengadakan Kursus Keselamatan dan Kesihatan di Tapak Bina yang melibatkan 60 peserta dari sekitar Wilayah Jengka.

Kursus Keselamatan dan Kesihatan di Tapak Bina ini adalah yang julung kalinya diadakan di Jengka. Kursus ini dirangka khas kepada semua peserta yang hadir terdiri daripada orang awam dan juga kontraktar yang mana kursus ini memberikan pendedahan dan pengetahuan yang lebih menyeluruh kepada peserta mengenai keselamatan ketika berada di kawasan pembinaan khususnya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan keistimewaan kepada pemegang kad hijau yang mana ianya sebagai salah satu medium insuran perlindungan diri ketika melaksanakan tugas.

Menurut pengerusi Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA,,Encik Amran Mohamad menyatakan program ini dapat memberi kesedaran kepada para kontraktor bahawa pentingnya menjaga keselamatan di dalam kawasan pembinaan kerana jika lalai dalam melaksanakan tugasan boleh menyebabkan kemalangan jiwa berlaku. Beliau juga mengharapkan agar kursus ini sebagai pemangkin kepada peserta untuk lebih bekerja dengan semangat dan lebih cakna akan peraturan yang disediakan di kawasan pembinaan.

Program ini diadakan di Dewan Semarak, Mercu View Resort, Bandar Jengka dengan dihadiri YB. Dato’ Wan Salman Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka seterusnya merasmikan perasmian penutup kursus pada hari tersebut. Dalam ucap utama semasa perasmian penutupan, beliau menyeru kepada semua anak-anak FELDA yang ingin mengembangkan kerjaya sebagai seorang kontraktor harus mempunyai ilmu yang cukup di dalam bidang ini supaya apabila melaksanakan sesuatu kerja berkaitan pembinaan ianya dapat disiapkan dan tidak terbengkalai. Menurut beliau lagi sektor industri pembinaan sedang berkembang pesat dan mengharapkan kontraktor bumiputera dapat merebut peluang yang disediakan.


Kursus  ini juga turut dihadiri Encik Mohd Masri Ismail, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia ,Encik Sakri Latif, Timbalan Presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA, Encik Ramlan Pin Setiausaha Agung Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA, Encik Rosidi Hasan Pengerusi Belia Daerah Bera merangkap Presiden Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA, dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia.







































































Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN