Monday, 11 April 2011

keliru tentang GWGF ??

masih ramai yang keliru mengenai GWGF.masih ramai juga warga FELDA yang tidak mengetahui mengenai GWGF dan tidak memahami mengenai perjuangan GWGF. di sini kami kongsikan serba sedikit mengenai GWGF untuk bacaan rakan-rakan semua..


Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) yang ditubuhkan pada 23 ogos 2002 adalah sebuah pertubuhan yang merangkumkan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan penting di peringkat akar umbi khususnya untuk golongan peneroka dan generasi baru FELDA. GWGF berperanan sebagai agen perubahan yang menjangkaui aspek yang lebih menyeluruh demi kepentingan para peneroka dan generasi baru FELDA.
Gabungan tenaga para professional dari kalangan generasi baru FELDA di seluruh Malaysia menjadikan GWGF sebuah badan yang unggul dan sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi dan hasrat kerajaan dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dan terbilang. GWGF sentiasa proaktif dalam usaha membantu masyarakat bawahan mendapat pembelaan dan tempat yang sewajarnya dalam negara tercinta. 

Objektif :
·   Mengkaji dan meneliti peranan serta tanggungjawab generasi kedua peneroka FELDA dalam meningkatkaan taraf hidup generasi kedua di samping meningkatkan penglibatan mereka dalam pembangunan ekonomi, sosial , pendidikan dan latihan.
·   Memastikan kesinambungan pembangunan masyarakat FELDA kepada generasi peneroka FELDA yang seterusnya
·   Mengenal pasti peluang-peluang yang dapat diberikan kepada generasi kedua FELDA yang berkemampuan dan berkemahiran dalam bidang masing-masing.

Badan-Badan Yang bergabung di bawah GWGF :
 ·      Persatuan Peneroka FELDA Malaysia
·      Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia
·      Pertubuhan Sukan Bermotor GWGF Malaysia
·      Yayasan Pembangunan Generasi FELDA Malaysia
·      Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
·      Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
·      Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia
·      Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia (PERKESAN)
·      Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia
·      Kelab Storm Rider
·      Pertubuhan Imam Muda FELDA

Selain itu, GWGF sedang memperjuangkan beberapa aspek bagi warga FELDA dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan seperti yang telah diwar-warkan dalam roadshow kami ke beberapa tempat :

TAKLIMAT CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA (GWGF)  DIBAWAH MODEL BARU EKONOMI, SOSIAL DAN PENDIDIKAN UNTUK GENERASI BARU FELDA BAGI 20 TAHUN AKAN DATANG

Siri Jelajah :
·      FELDA Besout 1, Perak (04 Julai 2010)
·      FELDA Palong 9, Negeri sembilan
(18 Julai 2010)
·      FELDA Jengka 7, Pahang (31 Julai 2010)
·      FELDA Gedangsa, Selangor (08 Sep 2010)
·      FELDA Semenchu, Johor (26 Sep 2010)
·      FELDA Chalok Barat,Terengganu
(16 Okt 2010)
·      FELDA Lubok Merbau, Kedah (03 Dis 2010)
·      FELDA Sahabat 3, Sabah (09 Jan 2011)
·      FELDA Chiku 6, Kelantan (15 Jan 2011)

Objektif Taklimat :
·      Menyusun semula badan-badan NGO FELDA di bawah payung untuk membela nasib generasi baru FELDA.
·      Memastikan generasi baru FELDA cemerlang dalam semua aspek selaku pemain global.
·      Mendapatkan maklum balas dari peneroka dan generasi baru FELDA.
·      Mengumpul pangkalan data generasi baru di setiap tanah rancangan FELDA bagi memudahkan pelan induk di dalam setiap sektor ekonomi, sosial, dan pendidikan dirangka oleh GWGF dan kerajaan khususnya.

PERANCANGAN GWGF

Kami gabungan yang mewakili semua lapisan masyarakat FELDA mengadakan Gerakan Transformasi bagi tempoh 20 tahun akan datang ke atas aspek ekonomi, sosial dan pendidikan untuk seluruh warga dan generasi baru FELDA. Di antara langkah-langkah yang akan terus diperjuangkan ialah :

·      Memastikan seorang Senator atau Ahli Dewan Negara dilantik dari kalangan tokoh generasi baru FELDA sebagai mewakili seluruh generasi baru FELDA.
·      Wakil GWGF yang terdiri daripada anak-anak peneroka dari golongan professional dan berwibawa dalam pelbagai bidang ditempatkan dalam syarikat-syarikat milik penuh FELDA dan anak-anak syarikat.
·      Jawatan-jawatan tinggi dan penting dalam syarikat-syarikat milik FELDA Holdings hendaklah diberi keutamaan kepada anak-anak peneroka FELDA yang berkelayakan dan berpengalaman untuk terus setia, berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat peneroka FELDA.

EKONOMI
·      Penyertaan lebih ramai lagi warga peneroka dan masyarakat generasi baru FELDA di dalam merebut segala peluang pekerjaan dan diberikan peluang sebagai pemain sektor ekonomi FELDA.
·      Membangunkan koperasi yang dimiliki sepenuhnya oleh generasi baru peneroka seluruh Negara dan terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi di tanah rancangan serta terlibat juga dalam semua peluang ekonomi dalam FELDA.

SOSIAL
·      Memperbanyakkan lagi aktiviti sosial di rancangan tanah yang bermanfaat kepada generasi muda
·      Membantu semua pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab-kelab yang terlibat dalam bidang sosial dan sukan supaya lebih aktif.
·      Membantu golongan kurang upaya dan kurang bernasib baik (golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya) dengan matlamat tidak ada seorang pun warga peneroka tertinggal atau diabaikan dalam arus pembangunan FELDA dalam menuju Wawasan 2020 negara.

PENDIDIKAN
·      Meningkatkan lebih ramai bilangan cerdik pandai dan tahap profesionalisme kalangan anak-anak peneroka dalam pelbagai bidang.
·      Memperbanyakkan lagi institusi-institusi pendidikan sederhana dan tinggi di rancangan tanah untuk memberi pendidikan yang sempurna untuk anak-anak peneroka.
·      Melahirkan lebih ramai golongan peniaga dan usahawan di kalangan anak-anak peneroka melalui program-program latihan.
·      Memastikan program pembangunan pendidikan selaras dengan mempertingkatkan pendidikan keagamaan dalam melahirkan modal insan yang berwibawa dan beragama bagi melahirkan generasi baru yang berhemah tinggi dan berwawasan.


·      Pertubuhan anak-anak Peneroka FELDA Luar Negara





No comments:

Post a Comment