Projek Sentuhan Kasih FELDA Bukti Kasih Kerajaan kepada Warga FELDA


Projek Sentuhan Kasih FELDA Bukti Kasih Kerajaan kepada Warga FELDA

Gabungan Wawasan Generasi Baru FELDA (GWGF) mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas kesungguhan serta komitmen dalam usaha transformasi paradigma generasi baharu FELDA sekaligus berjaya membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mungkir janji menerusi penyempurnaan bayaran 'durian runtuh' pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5, 000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta pada Majlis Himpunan Generasi Baru Felda di Universiti Teknologi MARA yang dihadiri 12,000 belia dari seluruh tanah rancangan FELDA di Malaysia.
Selain itu, GWGF menyokong penuh pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak bagi Projek Sentuhan Kasih untuk generasi kedua FELDA dengan peruntukan  RM120 juta bagi membina rumah menggunakan kaedah pasang siap melalui Industri Building System (IBS). Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri seorang pemimpin yang bijak menyelami masalah rakyat kerana golongan berkenaan memerlukan rumah bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Melalui ucapan YAB Perdana Menteri, rumah untuk generasi kedua peneroka akan dijual dengan harga RM70, 000 seunit dengan ansuran bulanan pinjaman bank kira-kira RM360. Sejumlah 300 unit rumah yang akan dibina di tanah rancangan Felda di Besut, Terengganu; Chini Timur 2, Pahang; dan Tenggaroh, Johor; pada penghujung tahun ini adalah permulaan dan langkah yang sudah lama dinanti-nantikan oleh semua generasi kedua peneroka. Langkah ini dapat memberi sinar baru kepada generasi baru FELDA untuk memiliki kediaman sendiri di tanah rancangan masing-masing.
Dalam pada itu, pembinaan rumah generasi baru perlu dipercepatkan dan kerajaan perlu membuat ‘laluan hijau’ bagi mempercepatkan proses pembinaan. Ini penting kerana rata-rata generasi baru perlu dibantu terutamanya proses mendapatkan pinjaman perumahan.Jika amalan sekarang digunapakai oleh bank –bank perdagangan yang ada, GWGF lihat ramai lagi generasi yang tidak dapat memiliki rumah sendiri dan ini akan merencatkan pemilikan rumah oleh mereka. Seharusnya mereka ini dibantu atau setidak-tidaknya diberi penerangan berkaitan pinjaman yang mudah untuk mereka dapatkan. Jika peneroka diberi RM40, 000 sebagai pinjaman perumahan tanpa faedah, maka kerajaan atau FELDA perlu memikirkan mekanisme terbaik bagi mereka mendapat pinjaman. Kita tidak mahu objektif pembinaan ini gagal mencapai hasrat Perdana Menteri.

Sentuhan Kasih FELDA ini jelas dilihat mampu memperkasa generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar dengan menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk mereka. Secara dasarnya, kejayaan penubuhan Felda tidak hanya dinikmati oleh hanya generasi pertama, akan tetapi dapat dinikmati hingga ke generasi baharu. Semoga nikmat kemudahan yang dinikmati pada hari ini akan berkekalan hingga ke generasi seterusnya.


Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN