BATU PAHAT, 07 JANUARI 2016 – Kerajaan Johor telah
membuktikan enam strategi utama dalam bajet Johor 2016 iaitu merancakkan
keusahawanan Johor bagi menepati sasaran kerajaan negeri dalam penubuhan hab
perniagaan belia tercapai apabila sebuah syarikat milik usahawan muda johor
iaitu AM Setia Restaurant Sdn. Bhd telah berjaya mendapat hak francais restoran
makanan segera jenama Burger King di Batu Pahat, Johor. AM Setia Restaurant Sdn
Bhd merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya usahawan bumiputera Johor yang
telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 17 April 2014. AM Setia
Restaurant Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh AM Setia Sdn Bhd.
YAB Dato' Mohamad Khaled Nordin (Tengah) bersama-sama YBhg. Dato' Md Azemi Mahat (Kanan) dan YBhg. Datuk Chua Tia Guan (Kiri) memotong riben perasmian Burger King Batu Pahat
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan
AM Setia, Dato’ Md. Azemi Haji Mahat, pembukaan restoran makanan segera jenama Burger
King di Batu Pahat, Johor adalah salah satu medium pembangunan ekonomi dan
keusahawanan yang akan diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah
pimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Restoran ini akan dipacu dan dikawal selia oleh
AM Setia Restaurant Sdn. Bhd dari segi operasi dan pembangunan perniagaan.
Tambah beliau lagi, adalah menjadi kebanggaan buat Kumpulan AM Setia kerana
menjadi usahawan bumiputera yang pertama menyertai francais Burger King ini di
Johor. Beliau juga melihat bahawa perniagaan fancais seperti ini akan
mendatangkan keuntungan untuk jangka masa yang panjang memandangkan penjenamaan
Burger King sudah terkenal di seluruh Malaysia.
YAB MB Johor, menandatangani plaque perasmian
Selain itu, dengan pembukaan
Restoran Burger King ini juga telah membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada
masyarakat daerah Batu Pahat dan berjaya mengurangkan kadar pengangguran yang
meningkat masa kini.
Restoran Burger King ini telah dirasmikan
oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor. Dalam ucaptama semasa perasmian
tersebut, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Md
Azemi Haji Mahat selaku pemilik AM Setia Group kerana menjadi usahawan bumiputera
yang pertama dan anak FELDA pertama di Johor kerana berjaya memiliki hak
francais Burger King ini. Tambah beliau lagi, keberanian dan kesunggguhan Dato’
Md Azemi Haji Mahat ini membuka restoran ini wajar dipuji ketika negara sedang
mengalami krisis mata wang.
YAB Dato' MB Johor, menjawab soalan-soalan wartawan
YAB Dato' MB Johor, mengucapkan TAHNIAH kepada YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat, atas pembukaan rasmi Buger King milik AM Setia Restaurant Sdn. Bhd.
Dalam majlis yang sama juga, Menteri
Besar Johor juga menyatakan bahawa industri perniagaan francais makanan segera
seperti Burger King ini adalah medan terbaik untuk industri perniagaan makanan
kerana francais seperti ini sudah mempunyai jenama yang kukuh dan mudah untuk
mempromosikan juga. Tambah beliau lagi diakhir ucapan menyatakan rezeki untuk
menjadi senang adalah bermula dengan perniagaan.
YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat menyerahkan cenderahati kepada YAB Dato' Mohamad Khaled Nordin kerana merasmikan Restoren Burger King.
Majlis ini juga turut dihadir
oleh Ahli EXCO Kerajaan Negeri Johor, YB Datuk Zulkarnain Kamisan. Pegawai-Pegawai
Tinggi Kerajaan Johor, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ketua Pegawai Operasi Gabungan
Wawasan Generasi FELDA, Encik Mohd Ismail Masri, Datuk Chua Tia Guan, Ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan jemputan serta pegawai-pegawai
dari AM Setia Group.
YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat, Pemilik Restoren Burger King, Batu Pahat menunjukan isyarat bagus dihadapan restoren beliau.
Kakitangan AM Setia Sdn Bhd, bergambar bersama YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat
Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia (tengah) bergambar bersama YAB Dato' MB Johor dan YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat
Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri, menurunkan tandatangan ke atas buku pelawat
Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri merakamkan kenangan dihadapan Burger King, Batu Pahat
Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri berbincang bersama Puan Norhasiken Haji Mahat, CEO AM Setia
Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri berbincang bersama Puan Normah Abd Ghani, Director Group Human Resource And Administration AM Setia Sdn. Bhd
Ketua Pegawai Operasi GWGF, Encik Mohd Ismail Masri bersama menyambut ketibaan YAB Dato' Mohamad Khaled Nordin, Menteri Besar Johor
YAB Dato' MB Johor bersama YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat mengaminkan doa
YAB Dato' MB Johor beramah mesra bersama kakitangan Restoren AM Setia Sdn. Bhd
YAB. Dato' MB Johor membuat pesanan Burger King
YAB Dato' MB Johor, bersalam bersama tetamu yang hadir
YAB Dato' MB Johor, bersalam bersama tetamu yang hadir
Puan Normah Binti Ab. Ghani, Director Group Human Resource And Administration
YAB Dato' MB Johor bergambar bersama tetamu jemputan
YAB Dato' MB Johor, bergambar bersama Kakitangan AM Setia Sdn. Bhd dan keluarga kepada YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat
YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat bersama Encik Mohd Ismail Masri, bergambar kenangan bersama.