PUNCAK ALAM, 13 MAC 2016 – Masjid Puncak Alam telah
melaksanakan program Rakan Remaja Masjid Puncak Alam . Program ini telah
melibatkan lebih 300 orang kanak-kanak antara umur 7 tahun hingga 17 tahun
sekitar kariah Masjid Puncak Alam, Selangor.
Menurut
Ustaz Mohamed Fauzi bin Aziz, Nazir Masjid Puncak Alam, program yang dijalankan
ini adalah rentetan kepada program kem motivasi anak soleh yang dijalankan pada
hujung tahun 2015. Program ini adalah hasil cetusan idea daripada YBhg. Tan Sri
Rozali Ismail yang mencadangkan agar pihak masjid melaksanakan program-program
berbentuk khidmat masyarakat supaya ianya selari dengan peranan masjid sebagai
pusat komuniti setempat. Tambah beliau lagi program ini adalah bermatlamat
untuk menjadikan kanak-kanak atau generasi muda khususnya sekitar kariah Masjid
Puncak Alam cenderung untuk hadir ke Masjid dalam menunaikan solat fardhu dan
mengikuti segala program yang dianjurkan oleh Masjid.
Program
Rakan Remaja Masjid Puncak Alam ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mat Hairi
Ismail, Pengerusi Maahad Tahfiz Ismail merangkap Ahli Majlis Tertinggi GWGF.
Dalam ucap utama beliau semasa perasmian program ini, beliau menzahirkan ucapan
tahniah kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Program Rakan Muda Masjid
kerana peranan yang dimainkan oleh ibu bapa adalah sangat penting bagi
menjayakan program ini. Beliau juga menyatakan bahawa program ini adalah satu
medium untuk proses tarbiyah kepada anak-anak bagi mendekatkan diri dengan masjid
tempat suci beribadat. Tambah beliau lagi, anak-anak yang ada pada hari ini
harus dilentur dari awal bagi mengelak anasir-anasir yang tidak sihat menganggu
kehidupan seharian kerana jika dilihat trend terkini terdapat banyak gejala
sosial yang berlaku yang melibatkan remaja belasan tahun, dan ini kerana mereka
tidak mendapat bimbingan agama dari awal. Justeru pihak Masjid Puncak Alam
dengan inisiatif ini mengadakan Program Rakan Muda Masjid adalah bertujuan menjadikan
anak-anak, remaja sebagai sahabat masjid dan memberi pendedahan berkenaan etika
kehidupan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Pelbagai
aktiviti yang akan dijalankan bersama peserta seperti kelas fardhu ain yang
menitik beratkan amali solat, kelas motivasi dalam membina sahsiah diri supaya
menjadi muslim dan muslimah yang sejati, latihan dalam kumpulan untuk memupuk
semangat kerjasama.