SHAH ALAM, 10hb Januari 2016: Gabungan
Wawasan Generasi FELDA Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah dan
Syabas kepada Yang Berhormat Tan Sri Shahrir Abdul Samad atas pelantikan beliau
sebagai Pengerusi FELDA yang baharu selepas menggantikan Yang Berhormat Tan Sri
Datuk Sri Utama Haji Mohd. Isa Bin Dato' Haji Abdul Samad melalui satu kenyataan
media oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia berkuatkuasa mulai 6hb Januari 2016 baru-baru ini.
GWGF dan
seluruh persatuan gabungan menzahirkan keyakinan dengan pelantikan Yang
Berhormat Tan Sri Shahrir sebagai Pengerusi FELDA akan dapat memulihkan semula
kepercayaan warga Peneroka dengan sikap ketokohan, dedikasi dan mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran yang dimiliki oleh Yang Berhormat
Tan Sri Shahrir.
GWGF adalah
salah satu NGO FELDA yang bernaung di bawah FELDA, bersedia untuk berbincang
mengenai apa jua perkara yang melibatkan kepentingan warga peneroka dengan Yang
Berhormat Tan Sri Shahrir demi dan pembangunan jangka panjang FELDA.
Kecemerlangan
FELDA telah terbukti sejak penubuhannya lagi. GWGF yakin Yang Berhormat Tan Sri
Shahrir dapat mengekalkan kecemerlangan ini dan menambah baik setiap perancangan
FELDA dalam setiap aspek pembangunan warganya khusus dalam bidang ekonomi,
pendidikan, sosial dan pembangunan generasi baru FELDA.
GWGF yakin dan
percaya ketokohan dan pengalaman Yang Berhormat Tan Sri Shahrir dapat digunakan
untuk menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh seluruh warga FELDA dan
membanteras segala amalan yang menyalahi undang-undang negara.
Isu-isu semasa
yang wujud dalam FELDA juga perlu diselesaikan dengan segera bagi memulihkan
kepercayaan warga FELDA dan menepis segala tohmahan jahat pihak-pihak lain yang
boleh mengugat keamanan FELDA.
GWGF juga akan
terus menyokong sepenuhnya segala perancangan FELDA yang membawa kebaikan dan
kecemerlangan kepada semua masyarakat FELDA di seluruh negara. Dengan corak
kepimpinan yang berkualiti yang dimiliki beliau, FELDA mampu berada ditahap
yang tertinggi dalam arena globalisasi dan bersaing dengan syarikat-syarikat
gergasi yang lain.
GWGF dan seluruh persatuan gabungan akan terus menyokong
usaha YAB Perdana Menteri dan menyokong penuh perlantikan Yang Berhormat
Tan Sri Shahrir sebagai Pengerusi FELDA demi kemajuan, kemakmuran dan
keharmonian warga FELDA seluruh negara.
Tan Sri
Rozali Ismail,
Presiden
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
Pengerusi
Kluster Ekonomi dan Keusahawanan
Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF)