GWGF TERUSKAN LAWATAN
KUNJUNG HORMAT KEPADA GENERASI FELDA YANG BERJAYA
KUALA
LUMPUR, 5 DISEMBER 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) meneruskan
kunjung hormatnya ke atas generasi baharu FELDA yang berjaya dalam bidang
masing-masing dan kali ini memilih YBhg.
Dato’ Md. Azemi Haji Mahar, Pengarah Urusan AM Setia Sdn. Bhd
Delegasi
GWGF yang menyertai kunjung hormat ini diketuai oleh Timbalan Presiden, YBhg.
Datuk Haji Abdullah Abu Bakar. Turut serta beberapa pegawai antaranya, Ketua
Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Mohd Ismail Masri; Nur Farhat Iskandar Mohame
Isa, Eksekutif Kanan; Mohamad Firdaus Sahat, Setiausaha Eksekutif dan Muhammad
Hafiz Hj. Bahari, Eksekutif Perhubungan Korporat.
Dato’
Md Azemi bin Hj. Mahat, adalah Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif
di syarikat AM Setia Sdn. Bhd merupakan anak jati FELDA Medoi, Segamat.
Mengenai latar belakang beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perbankan,
perhubungan kerajaan dan korporat sebelum mengasaskan Kumpulan AM Setia pada
April 2014. Dato’ Md Azemi pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di
syarikat Hi-Q Biotech Berhad pada tahun 2013 dan sebagai Penasihat Perhubungan
Kerajaan di Syarikat AWC Berhad pada tahun 2009. Beliau juga pernah menyertai
sektor perbankan di mana jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengurus Bahagian
Perhubungan Kerajaan di CIMB Bank Berhad pada tahun 2009.
Beliau
memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengajian Ekonomi (MSc Global Economy and
Business Institutions) daripada University of Hertfordshire, United Kingdom.
Dato’ Md Azemi telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Keusahawanan
Siswa di Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2013 dan merupakan bekas
Penasihat Keusahawanan di Universiti Malaysia Pahang.
Dato’
Md Azemi bin Hj. Mahat telah dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri
Pahang Darul Makmur iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Ulang
tahun Keputeraan DYMM Sultan Pahang Ke-83 yang membawa gelaran Dato’.
Seiring
dengan objektif kunjungan hormat GWGF yang bertujuan berkongsi idea dan
bertukar-tukar pandangan dengan anak-anak FELDA yang berjaya, Dato. Md Azemi
Haji Mahat memberi komitmen dalam membantu generasi baru FELDA untuk berjaya di
dalam bidang perniagaan. Selain itu juga beliau menyambut baik langkah GWGF
dalam menjejak anak-anak FELDA yang berjaya kerana secara tidak langsung ianya
akan membuka mata beberapa pihak bahawa masyarakat FELDA juga mampu bersaing
dengan yang lain. Beliau juga mengharapkan agar, NGO-NGO lain turut
melaksanakan program seperti ini.
Antara
buah fikiran yang dilontarkan memberi peluang perniagaan kepada belia FELDA di
kawasan masing-masing dalam meningkatkan taraf kehidupan. Selain itu beliau
juga mencadangkan agar FELDA dan GWGF membantu kerajaan dari sudut menarik undi
orang muda supaya Barisan Nasional akan dapat terus diberi mandat dalam
mentadbir kerajaan.
Pada pertemuan yang sama juga,
beliau telah menekan beberapa aspek kepada GWGF sebagai sebuah badan bukan
kerajaan ialah dengan membantu kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib Tun Haji Abd Razak dalam bersama menepis segala tohmahan yang telah
dilemparkan oleh pihak pembangkang.
Menurut Pegawai Perhubungan
Korporat GWGF, Muhammad Hafiz Hj. Bahari menyatakan idea kunjung hormat ini
telah diilhamkan oleh Presiden GWGF, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Kunjung
hormat GWGF telah dimulakan pada awal tahun 2014 dan sehingga oktober 2015
sudah lebih 30 orang generasi FELDA yang berjaya ditemui dari pelbagai bidang
seperti usahawan, ahli politik, ahli korporat, penjawat awam dan sebagainya.
Mohd Ismail Bin Masri,
Ketua Pegawai Operasi,
Gabungan Wawasan Generasi FELDA
(GWGF)
|
Untuk
makluman lanjut, Pegawai Perhubungan Awam,
Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari, di talian 014- 6384475