Masyarakat FELDA Perlu Anjakan Paradigma Positif


 Masyarakat FELDA Perlu Anjakan Paradigma Positif

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa warga Felda termasuk peneroka supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak tertentu yang berniat menimbulkan masalah dan perbalahan dalam kalangan mereka pada majlis Semai Bakti Felda 2012.

GWGF berpendapat warga peneroka perlu lebih arif dalam menilai sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk mengelirukan dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Sekiranya ini tidak di lakukan secara berterusan, maka pihak lain akan mengambil kesempatan dan menjatuhkan imej FELDA sendiri khususnya dan kerajaan amnya.

Oleh itu, GWGF amat bersetuju dengan pendekatan melalui turun padang sebagai langkah berkesan  yang perlu dipergiatkan bagi menghalang pihak lain yang mempunyai agenda tersendiri untuk mengambil peluang ke atas warga FELDA terutamanya para peneroka. Aktiviti-aktiviti turun padang dapat memberi peluang dan ruang kepada pihak peneroka berkongsi rintihan atau masalah yang dihadapi serta dapat memberi perhatian serius kepada peneroka dan seterusnya menangani punca masalah yang sebenar.
Sesungguhnya warga FELDA tidak perlu gusar dengan pelbagai perancangan yang diatur kerajaan kerana semuanya bertujuan bagi mengekalkan kestabilan ekonomi dan sosial di FELDA. Untuk itu, GWGF berharap agar semua warga FELDA  berubah sikap ke arah menjadi aset yang berupaya membina satu pasukan yang bersatu padu bagi melestarikan FELDA ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, pemikiran kreatif dan inovatif dari generasi baru FELDA amat diperlukan negara hari ini kerana terbukti peranan mereka penting bagi menutup ruang anasir-anasir luar yang berhasrat memecah-belahkan masyarakat FELDA .Sokongan dari mereka juga dapat dijadikan benteng pertahanan yang utuh bagi mengekalkan kemakmuran dan kemajuan generasi FELDA pada masa akan datang.

GWGF akan turut serta membantu FELDA agar nasib masyarakat FELDA ini terus dibela serta tidak dibelenggu kemiskinan. Pelbagai program akan dianjurkan bagi membantu mereka membuka minda dalam menerima setiap pembaharuan yang bakal berlaku.



Related Posts
Previous
« Prev Post

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN