Perumahan Generasi Ke-Dua FELDA : GWGF Mohon Penjelasan

Perumahan Generasi Ke-Dua FELDA : GWGF Mohon Penjelasan


SHAH ALAM, 25 September 2016 : Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) kesal dengan kelewatan FELDA menyiapkan projek perumahan generasi FELDA walaupun telah diumumkan YAB Perdana Menteri 4 tahun lalu.

Acap kali disuarakan oleh Generasi ke dua FELDA berkenaan isu perumahan generasi ke-2 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebanyak 20,000 unit yang masih gagal dilaksanakan oleh FELDA bagi memenuhi keperluan generasi FELDA untuk memiliki rumah.

Walaupun FELDA dikatakan ‘terlebih mampu’ untuk menyediakan dan menyegerakan projek perumahan ini, namun kegagalan FELDA dalam perkara ini menjadi tanda tanya. Adakah FELDA tiada kontraktor yang berkebolehan atau dana yang sepatutnya diperuntukan untuk tujuan ini digunakan untuk perkara lain.

Jangka masa yang lama diambil oleh FELDA ini sememangnya perlu diteliti. Kepakaran pengurusan juga perlu diambil berat kerana FELDA adalah aset penting kepada pembangunan negara.

Pentadbiran FELDA mestilah bersikap objektif, produktif dan komited dalam menangani isu ini dan bukan seperti melepaskan batuk ditangga dan memberikan janji-janji manis tanpa ada tindakan segera dilaksanakan.

Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa mendengar rungutan generasi FELDA dalam pebagai peringkat, GWGF ingin memohon dan mendesak FELDA untuk lebih ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab kepada seluruh generasi FELDA yang mengharapkan pengurusan yang lebih cemerlang dalam semua aspek pengurusan khususnya isu perumahan ini.

Oleh itu, pengurusan tertinggi FELDA juga harus sentiasa turun ke tanah-tanah rancangan FELDA untuk mendengar rungutan-rungutan generasi FELDA dan  bukan membiarkan isu yang kecil diperbesarkan sehingga menjadi barah yang merebak akhirnya merugikan FELDA dan kerajaan.

FELDA juga mestilah bekerjasama erat denga NGO-NGO FELDA dalam menangani pelbagai isu yang ditimbulkan supaya badan-badan NGO ini sedikit sebanyak dapat membantu FELDA melancarkan pengurusan mereka.

Jesteru itu, GWGF mendesak untuk FELDA memberikan penjelasan berkenaan kelambatan menyiapkan projek perumahan ini dengan seberapa segera.

MOHD ISMAIL MASRI
Setiausaha

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
Read More

PERBINCANGAN BERSAMA SERANTA FELDA,JABATAN PERDANA MENTERI

PERBINCANGAN BERSAMA SERANTA FELDA,JABATAN PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA, 20 September 2016 ; Gabungan Wawasan Generasi Felda di ketuai oleh YBhg. Dr. Abd. Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad dan En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia hadir ke Ibu Pejabat Seranta FELDA untuk bertemu YBhg. Dato' Haji Khairudin Mohamad, Pengarah Seranta FELDA JPM.


Pertemuan tersebut adalah membincangkan program berkenaan Kluster Ekonomi dan Keusahawanan, GAPROF yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Ianya adalah rentetan daripada program Bengkel 'Mari Berniaga' yang dilaksanakan tempoh hari.



Turut bersama wakil Seranta Felda dalam perbincangan ini adalah YBhg. Kapten (B) Haji Rosdin Abas, Timb. Pengarah Kanan Seranta FELDA. Sdr Azrel Izad bin Mohamed Nordin, Penolong Pengarah (Seksyen Latihan & NGO's) dan Sdr. Ery Rozairi Ismail, Pegawai Seranta.









Bahagian Perhubungan Korporat 
Gabungan Wawasan Generasi Malaysia (GWGF)

Read More

GWGF – SEMAI BAKTI ERATKAN HUBUNGAN

GWGF – SEMAI BAKTI ERATKAN HUBUNGAN
KUALA LUMPUR, 1 September 2016; Program Semai Bakti fasa pertama merupakan satu usaha sama di antara Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) yang telah mula bergerak aktif sejak tahun 2004.

Program ini merupakan satu projek khas yang dilaksanakan oleh pihak Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) yang mengfokuskan bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dan pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Malaysia sebagia satu tanggungjawab sosial dimana ianya merupakan satu strategi pembangunan kemasyarakatan yang membolehkan golongan OKU menjalani program pencegahan, pembangunan dan pemulihan bersepadu dalam pelbagai sektor agar mereka dapat berdikari dan diintegrasi ke dalam masyarakat.

Dalam lawatan kunjungan hormat GWGF kepada YBhg. Puan Sri Datuk Dr. Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Setiausaha Jawatankuasa Induk Program Semai Bakti antara perbincangan yang dibangkitkan adalah mewujudkan satu usahasama semula antara GWGF dan Semai BAKTI dalam menjalankan program-program khususnya di kawasan FELDA seluruh negara yang melibatkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Turut serta dalam perbincangan adalah YBhg. Datin Zamzamah Haron, Ahli Bersekutu BAKTI dan Puan Rina Haryaty Abdullah, Eksekutif BAKTI.

GWGF menyambut baik cadangan dan saranan yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Semai Bakti dalam mengadakan program khidmat sosial kepada pelatih-pelatih di PDK khususnya di kawasan FELDA.

Objektif kerjasama yang akan dijalankan adalah mengfokuskan dalam menyediakan peluang-peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi diri masing-masing serta membantu mewujudkan masyarakat penyayang yang peka terhadap keperluan OKU di pusat PDK dan memastikan OKU terus bermotivasi dalam setiap perkara.

Sehingga kini, 293 buah PDK di negara ini digerakkan oleh 1,201 tenaga pekerja dan guru pembimbing. Tanah rancangan Felda yang memiliki PDK paling banyak adalah Pahang iaitu 12 buah, diikuti oleh Johor dan Negeri Sembilan yang masing-masing memiliki lapan buah, Terengganu (5), Selangor (3), Perak dan Sabah (2), manakala, Melaka, Kelantan dan Kedah masing-masing memiliki sebuah PDK. Keutamaan bagi memasuki pusat-pusat itu terbuka kepada anak-anak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit Sindrom Down, Autism peringkat ringan, kecacatan anggota atau mereka yang mengalami masalah pembelajaran spesifik yang tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya.

Sementara itu, GWGF menggesa semua pihak termasuk golongan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan lebih besar dalam menjayakan matlamat PDK untuk membantu OKU. Selain daripada sokongan material, OKU memerlukan dukungan berterusan daripada masyarakat termasuk mendapat kasih sayang dan simpati agar mereka tidak tersisih dan merasa dihargai.

Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Dr. Abd Rahim Aw. Kechik, Ketua Pegawai Operasi GWGF Berhad, En. Nur Farhat Iskandar Mohame Isa, Eksekutif Kanan Tugas-Tugas Khas.

MOHD ISMAIL MASRI
Ketua Pegawai Operasi
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)



Banggunan BAKTI Siti Hasmah


 YBhg. Datin Zamzamah Haron, Ahli Bersekutu BAKTI 


 Puan Rina Haryaty Abdullah, Eksekutif BAKTI.


Gambar berkumpulan


Dr. Abdul Rahim, Ketua Pegawai Operasi GWGF membentangkan cadangan daripada GWGF


Dr. Abdul Rahim, Ketua Pegawai Operasi GWGF menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Puan Sri Datuk Prof. Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim


MUHAMMAD HAFIZ HAJI BAHARI
Pegawai Perhubungan Korporat
Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)


Read More

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN
Warga kerja Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Aziz Zaini yang telah bersara sebagai pemandu. Jasa dan pengorbanan En. Aziz hanya Allah yang membalasnya.


Penglibatan En. Aziz dalam GWGF telah banyak membantu dan melancarkan segala urusan kerja, semoga En. Aziz terus maju jaya dalam setiap yang diceburi.








Read More

GWGF SERU WARGA FELDA BERSATU HAYATI KEMERDEKAAN

GWGF SERU WARGA FELDA BERSATU HAYATI KEMERDEKAAN

SHAH ALAM, 19 OGOS 2016. Genap 59 tahun kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun ini. Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulang tahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-59 dalam keadaan permai sentosa.

Hakikatnya, telah puluhan tahun rakyat Malaysia menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi bersama, baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Sepanjang tempoh itu juga, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari cengkaman serta belenggu penjajahan asing.

Gabungan Wawasan Generasi FELDA sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersama FELDA dan kerajaan menggesa seluruh masyarakat FELDA yang berada di luar bandar atau di perantauan untuk bersatu hati dalam menghayati kemerdekaan.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun 2016. Tema yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan masyarakat negara kita yang berbilang kaum.

Saya juga berbangga dengan masyarakat FELDA yang rata-ratanya saya pergi, mereka mengibarkan jalur gemilang dan tetap bersatu hati mengenepikan sentiment politik demi negara tercinta.

Generasi hari ini perlu sehati sejiwa, untuk memaknai semula citra kemerdekaan. Sudah tiba masanya untuk kita melihat semula erti kemerdekaan seperti yang telah dimasyhurkan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menegaskan bahawa “Persekutuan Tanah Melayu akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”

Menghayati kemerdekaan adalah menzahirkan perasaan bangga kepada Negara kita kerana telah merdeka lebih 59 tahun. Selain itu jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu khususnya Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan beberapa pimpinan kerajaan dalam memastikan Negara kita bebas dari ancaman penjajah harus dikenang dan sentiasa diambil iktibar. Dengan kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ternyata Negara kita terus berdaya saing dengan Negara lain dalam aspek ekonomi dan sebagainya.
Kita harus merasa bangga dengan apa yang ada pada zaman sekarang, dengan merdekanya Malaysia negara kita sentiasa mendapat perhatian dunia kerana dari segi ekonomi, sosial, pelancongan dan yang paling penting adalah keamanan Malaysia yang tidak boleh disangkal. Mengambil contoh dari segi ekonomi pencapaian FELDA dengan hasil pertaniannya dan sektor-sektor lain memberikan petanda jelas yang mana FELDA mampu bersaing diperingkat dunia dan mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat yang mana majoritinya orang Melayu. FELDA hanya 1 di dunia.

Secara tuntas, Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset bagi mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.

Pucuk pangkalnya, kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional. Atas sebab itu, saya yakin dan percaya tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan, kerana kita sudah lama bertatih dan melangkah.

Kesimpulannya, rupa dan wajah Malaysia seperti mana yang kita lihat dewasa ini, telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti, serta strategi yang rapi oleh pihak kerajaan sejak berdekad lalu, mengikut pendekatan serta acuan kita yang tersendiri.

Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia, hargailah keamanan, peliharalah keharmonian, pupuklah perpaduan dengan mencintai watan. Ayuh, marilah kita berpadu, dengan obor perjuangan yang jitu, demi Malaysia yang satu. Saya mewakili persatuan gabungan GWGF dan ahli-ahli GWGF seluruh Negara juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 59!

TAN SRI ROZALI ISMAIL

PRESIDEN
Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN