SHAH ALAM, 3 OGOS 2016. Gabungan Wawasan Generasi FELDA
menyeru kepada semua masyarakat FELDA yang berada di tanah rancangan untuk
memasang bendera di setiap rumah sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.
Inisiatif ini adalah untuk membangkitkan rasa kenegaraan dan cinta kepada
Negara dengan mengetepikan sentimen politik yang ada.
Sambutan
Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 menekankan kepada semangat kejiwaan
dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih
sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun 2016. Tema yang digunakan
adalah sesuai dengan keadaan masyarakat negara kita yang berbilang kaum.
Mengibar
jalur gemilang adalah menzahirkan perasaan bangga kepada Negara kita kerana telah
merdeka lebih 57 tahun. Selain itu jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin
terdahulu khususnya Allahyarham
Tunku Abdul Rahman dan beberapa pimpinan kerajaan dalam memastikan Negara kita
bebas dari ancaman penjajah harus dikenang dan sentiasa diambil iktibar. Dengan
kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ternyata Negara kita terus
berdaya saing dengan Negara lain dalam aspek ekonomi dan sebagainya
.
Kita harus
merasa bangga dengan apa yang ada pada zaman sekarang, dengan merdekanya
Malaysia negara kita sentiasa mendapat perhatian dunia kerana dari segi
ekonomi, sosial, pelancongan dan yang paling penting adalah keamanan Malaysia
yang tidak boleh disangkal. Mengambil contoh dari segi ekonomi pencapaian FELDA
dengan hasil pertaniannya dan sektor-sektor lain memberikan petanda jelas yang
mana FELDA mampu bersaing diperingkat dunia dan mampu meningkatkan taraf
ekonomi masyarakat yang mana majoritinya orang Melayu. FELDA hanya 1 di dunia.
Selain itu
juga, saya menyeru kepada semua masyarakat di Malaysia, untuk bersama-sama
dalam mengibarkan Jalur Gemilang dalam bulan kemerdekaan ini sebagai tanda
sokongan dan cinta kepada tanah air kita.
LEFTENAN KOLONEL (K) DATUK HAJI
ABDULLAH BIN HAJI ABU BAKAR
TIMBALAN PRESIDEN