GWGF SERU MASYARAKAT FELDA KIBAR JALUR GEMILANG

GWGF SERU MASYARAKAT FELDA KIBAR JALUR GEMILANG


SHAH ALAM, 3 OGOS 2016. Gabungan Wawasan Generasi FELDA menyeru kepada semua masyarakat FELDA yang berada di tanah rancangan untuk memasang bendera di setiap rumah sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Inisiatif ini adalah untuk membangkitkan rasa kenegaraan dan cinta kepada Negara dengan mengetepikan sentimen politik yang ada.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2016 menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun 2016. Tema yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan masyarakat negara kita yang berbilang kaum.

Mengibar jalur gemilang adalah menzahirkan perasaan bangga kepada Negara kita kerana telah merdeka lebih 57 tahun. Selain itu jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu khususnya Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan beberapa pimpinan kerajaan dalam memastikan Negara kita bebas dari ancaman penjajah harus dikenang dan sentiasa diambil iktibar. Dengan kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ternyata Negara kita terus berdaya saing dengan Negara lain dalam aspek ekonomi dan sebagainya
.
Kita harus merasa bangga dengan apa yang ada pada zaman sekarang, dengan merdekanya Malaysia negara kita sentiasa mendapat perhatian dunia kerana dari segi ekonomi, sosial, pelancongan dan yang paling penting adalah keamanan Malaysia yang tidak boleh disangkal. Mengambil contoh dari segi ekonomi pencapaian FELDA dengan hasil pertaniannya dan sektor-sektor lain memberikan petanda jelas yang mana FELDA mampu bersaing diperingkat dunia dan mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat yang mana majoritinya orang Melayu. FELDA hanya 1 di dunia.

Selain itu juga, saya menyeru kepada semua masyarakat di Malaysia, untuk bersama-sama dalam mengibarkan Jalur Gemilang dalam bulan kemerdekaan ini sebagai tanda sokongan dan cinta kepada tanah air kita.

LEFTENAN KOLONEL (K) DATUK HAJI ABDULLAH BIN HAJI ABU BAKAR

TIMBALAN PRESIDEN
Read More

SALAM PERANTAU FELDA 2016

SALAM PERANTAU FELDA 2016

PUTRAJAYA, 27 JULAI 2016 : Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyokong perlantikan YBhg. Tan Sri Rozali ismail sebagai Pengerusi Kluster Ekonomi dan Keusahawanan, Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) dibawah selian SERANTA FELDA, Jabatan Perdana Menteri.

YBhg. Tan Sri Rozali merupakan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad juga merupakan Presiden GWGF. Beliau merupakan anak jati FELDA Gedangsa, Hulu Selangor. Perlantikan ini adalah satu penghormatan kepada GWGF kerana kepimpinan YBhg. Tan Sri dalam menerajui GWGF dan Puncak Niaga Holdings telah mengangkat martabata usahawan anak FELDA.

Seiring dengan penglibatan beliau di dalam industri perusahaan, beliau juga amat aktif dalam badan bukan kerajaan dengan menyumbang idea dalam memastikan NGO tersebut terus disenangi pelbagai pihak. Dengan kepimpinan beliau di dalam GWGF adalah mengfokuskan hal ehwal sosial masyarakat FELDA khususnya selain daripada membentuk generasi FELDA menanam minat dalam bidang keusahawanan.

Watikah perlantikan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri telah diambil oleh YBhg. Leftenan Kolonel (K) Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF mewakili YBhg. Tan Sri kerana beliau berada di luar negara.



















































Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN