Catatan Semasa ; 18 Mei 2016 - Diskusi ilmiah berkenaan Kluster Ekonomi dan Keusahawan, Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF) antara GWGF yang diwakili oleh Lt. Kol (K) Datuk Haji Abdullah Abu Bakar bersama YBhg. Dato' Haji Khairudin Mohamad, Pengarah Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir bersama adalah En. Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF, En. Azrel Izat Nordin, Setiausaha GAPROF, En. Shahril, Setiausaha Kerja Kluster Ekonomi dan Keusahawanan dan En. Mohd Syafiq Wahab, Pegawai Khas kapada Ketua Pegawai Operasi.
Intipati perbincangan adalah menjurus kepada perlaksanaan program berkaitan Kluster Ekonomi dan Keusahawanan yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.