PENGERUSI FELDA TERIMA ANUGERAH PERLANTIKAN FELO WILLIAM PITT OLEH UNIVERSITI CAMBRIDGE

PENGERUSI FELDA TERIMA ANUGERAH PERLANTIKAN FELO WILLIAM PITT OLEH UNIVERSITI CAMBRIDGE


CAMBRIDGE – Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge, di sini baru-baru ini.
Ini menunjukkan satu testimoni jelas hubungan yang erat antara kumpulan FELDA, Kolej Pembroke dan Universiti Cambridge.
Untuk beberapa tahun lepas, FELDA telah bekerjasama dengan Universiti Cambridge dalam pelbagai projek penyelidikan dan teknologi.
Dua tahun lalu, Yayasan FELDA telah menandatangani perjanjian strategik dengan Kolej Pembroke dan menyertai Program Perkongsian Korporat mereka.

Melalui memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Januari 2012, pegawai-pegawai kanan FELDA dan FELDA Global Ventures (FGVH) telah mengikuti latihan dan kursus di Kolej Pembroke.
Felo William Pitt adalah satu simbolik kepada seorang bekas Perdana Menteri Britain yang termuda pada tahun 1783 dan Pitt merupakan bekas pelajar kolej tersebut.
Pada tahun 1804, William Pitt sekali lagi dipilih menjadi Perdana Menteri sehingga beliau meninggal dunia pada 1806.
Majlis yang diadakan di bilik Thomas Gray itu turut dihadiri oleh isteri Pengerusi FELDA, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid; Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan FELDA, Datuk Seri Dr Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Preelector Kolej Pembroke, Brian Watchorn.
Isa berkata, anugerah pelantikan itu adalah penghormatan kepada kumpulan FELDA yang mengadakan kerjasama dengan Kolej Pembroke selama dua tahun.
Katanya, Yayasan FELDA juga mengadakan usahasama dengan Universiti Cambridge dalam bidang nano karbon untuk mengeluarkan graphine.

Sumber Berita - FELDA Voice
Read More

SIARAN AKHBAR - GWGF TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS TANGANI MASALAH BAUKSIT DIKALANGAN PENEROKA

SIARAN AKHBAR - GWGF TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS TANGANI MASALAH BAUKSIT DIKALANGAN PENEROKA



SHAH ALAM, 11 Januari 2016. Gabungan Wawasan Generasi FELDA(GWGF) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan yang senantiasa cakna terhadap isu-isu semasa mengenai generasi FELDA. Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan isu mengenai perlombongan bauksit yang melibatkan kawasan FELDA Bukit Goh, yang terletak di dalam Wilayah Kuantan.

Kesan daripada perlombongan bauksit tersebut menyebabkan hampir semua penduduk FELDA Bukit Goh berada dalam keadaan tidak selesa menyebabkan pencemaran alam dan masalah kesihatan yang melanda Peneroka tersebut. Ini disebabkan oleh sikap rakus tangan manusia tanpa memikirkan akibat yang akan dirasai oleh orang lain.

Presiden GWGF, Tan Sri Rozali Ismail, menyatakan terdapat juga sesetengah pihak yang lain cuba ingin mengaut keuntungan lebih dengan memujuk para peneroka untuk memajak tanah ladang kelapa sawit yang dipercayai mempunyai bauksit dengan menawarkan jumlah wang yang agak lumayan kepada setiap peneroka. Tambah beliau lagi, GWGF melalui Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia akan membantu para peneroka FELDA Bukit Goh yang telah terlibat dengan pajakan atau jual beli ladang kelapa sawit dengan pengusaha bauksit ini untuk meneliti segala dokumen pajakan atau jual beli yang telah dimeterai.

GWGF sebagai badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab membela nasib generasi FELDA akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk membantu peneroka-peneroka FELDA dan meneliti semula dokumen-dokumen yang digunakan untuk memeterai pajakan atau jual beli yang telah dilaksanakan, sekiranya terdapat keraguan yang munasabah dalam dokumen tersebut, GWGF akan membantu mereka.

Berdasarkan laporan sebelum ini mengenai perlombongan bauksit dan mendengar keluhan daripada peneroka-peneroka FELDA Bukit Goh, GWGF menggesa pihak kerajaan negeri terutama pihak yang bertanggungjawab dalam kawal selia FELDA di dalam negeri Pahang iaitu Exco Hal Ehwal FELDA, YB Dato’ Abu Bakar bin Haji Harun memainkan peranan dengan lebih menyeluruh dalam membantu Peneroka-Peneroka FELDA Bukit Goh, agar Peneroka FELDA ini akan terbela.

GWGF menyokong sepenuhnya saranan kabinet melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menghentikan sementara operasi perlombongan bauksit ini selama tiga bulan untuk membolehkan pengusaha bauksit ini menguruskan lambakan simpanan bauksit bagi mengelakkan masalah kesihatan dan pencemaran.GWGF menyarankan agar pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil tindakan undang-undang bagi pengusaha yang tidak mengikut arahan pemberhentian perlombongan bauksit ini mengikut tarikh yang telah diberikan.

Tan Sri Rozali Ismail,
Presiden,

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)


YBhg. Datuk Haji Abdullah Haji Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF menjawab soalan dari wartawan ketika melawat tapak perlombongan bauksit ini









Read More

ANAK JATI FELDA MEDOI BUKA RESTOREN BURGER KING DI BATU PAHAT

ANAK JATI FELDA MEDOI BUKA RESTOREN BURGER KING DI BATU PAHAT



BATU PAHAT, 07 JANUARI 2016 – Kerajaan Johor telah membuktikan enam strategi utama dalam bajet Johor 2016 iaitu merancakkan keusahawanan Johor bagi menepati sasaran kerajaan negeri dalam penubuhan hab perniagaan belia tercapai apabila sebuah syarikat milik usahawan muda johor iaitu AM Setia Restaurant Sdn. Bhd telah berjaya mendapat hak francais restoran makanan segera jenama Burger King di Batu Pahat, Johor. AM Setia Restaurant Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya usahawan bumiputera Johor yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 17 April 2014. AM Setia Restaurant Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh AM Setia Sdn Bhd.  


YAB Dato' Mohamad Khaled Nordin (Tengah) bersama-sama YBhg. Dato' Md Azemi Mahat (Kanan) dan YBhg. Datuk Chua Tia Guan (Kiri) memotong riben perasmian Burger King Batu Pahat

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan AM Setia, Dato’ Md. Azemi Haji Mahat, pembukaan restoran makanan segera jenama Burger King di Batu Pahat, Johor adalah salah satu medium pembangunan ekonomi dan keusahawanan yang akan diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri Johor dibawah pimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin.  Restoran ini akan dipacu dan dikawal selia oleh AM Setia Restaurant Sdn. Bhd dari segi operasi dan pembangunan perniagaan. Tambah beliau lagi, adalah menjadi kebanggaan buat Kumpulan AM Setia kerana menjadi usahawan bumiputera yang pertama menyertai francais Burger King ini di Johor. Beliau juga melihat bahawa perniagaan fancais seperti ini akan mendatangkan keuntungan untuk jangka masa yang panjang memandangkan penjenamaan Burger King sudah terkenal di seluruh Malaysia.

YAB MB Johor, menandatangani plaque perasmian


Selain itu, dengan pembukaan Restoran Burger King ini juga telah membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada masyarakat daerah Batu Pahat dan berjaya mengurangkan kadar pengangguran yang meningkat masa kini.

Restoran Burger King ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor. Dalam ucaptama semasa perasmian tersebut, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Md Azemi Haji Mahat selaku pemilik AM Setia Group kerana menjadi usahawan bumiputera yang pertama dan anak FELDA pertama di Johor kerana berjaya memiliki hak francais Burger King ini. Tambah beliau lagi, keberanian dan kesunggguhan Dato’ Md Azemi Haji Mahat ini membuka restoran ini wajar dipuji ketika negara sedang mengalami krisis mata wang.


YAB Dato' MB Johor, menjawab soalan-soalan wartawan


YAB Dato' MB Johor, mengucapkan TAHNIAH kepada YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat, atas pembukaan rasmi Buger King milik AM Setia Restaurant Sdn. Bhd.

Dalam majlis yang sama juga, Menteri Besar Johor juga menyatakan bahawa industri perniagaan francais makanan segera seperti Burger King ini adalah medan terbaik untuk industri perniagaan makanan kerana francais seperti ini sudah mempunyai jenama yang kukuh dan mudah untuk mempromosikan juga. Tambah beliau lagi diakhir ucapan menyatakan rezeki untuk menjadi senang adalah bermula dengan perniagaan.


YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat menyerahkan cenderahati kepada YAB Dato' Mohamad Khaled Nordin kerana merasmikan Restoren Burger King.

Majlis ini juga turut dihadir oleh Ahli EXCO  Kerajaan Negeri Johor, YB Datuk Zulkarnain Kamisan. Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Johor, Pegawai Daerah Batu Pahat, Ketua Pegawai Operasi Gabungan Wawasan Generasi FELDA, Encik Mohd Ismail Masri, Datuk Chua Tia Guan, Ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan jemputan serta pegawai-pegawai dari AM Setia Group.

YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat, Pemilik Restoren Burger King, Batu Pahat menunjukan isyarat bagus dihadapan restoren beliau.

Kakitangan AM Setia Sdn Bhd, bergambar bersama YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat


Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia (tengah) bergambar bersama YAB Dato' MB Johor dan YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat


Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri, menurunkan tandatangan ke atas buku pelawat 


Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri merakamkan kenangan dihadapan Burger King, Batu Pahat


Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri berbincang bersama Puan Norhasiken Haji Mahat, CEO AM Setia 


Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia, Encik Mohd Ismail Masri berbincang bersama Puan Normah Abd Ghani, Director Group Human Resource And Administration AM Setia Sdn. Bhd


Ketua Pegawai Operasi GWGF, Encik Mohd Ismail Masri bersama menyambut ketibaan YAB Dato' Mohamad Khaled Nordin, Menteri Besar Johor


YAB Dato' MB Johor bersama YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat mengaminkan doa


YAB Dato' MB Johor beramah mesra bersama kakitangan Restoren AM Setia Sdn. Bhd


YAB. Dato' MB Johor membuat pesanan Burger King


YAB Dato' MB Johor, bersalam bersama tetamu yang hadir


YAB Dato' MB Johor, bersalam bersama tetamu yang hadir


Puan Normah Binti Ab. Ghani, Director Group Human Resource And Administration


YAB Dato' MB Johor bergambar bersama tetamu jemputan


YAB Dato' MB Johor, bergambar bersama Kakitangan AM Setia Sdn. Bhd dan keluarga kepada YBhg. Dato' Md. Azemi Haji Mahat


YBhg. Dato' Md Azemi Haji Mahat bersama Encik Mohd Ismail Masri, bergambar kenangan bersama.


Read More

PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 OLEH PRESIDEN GWGF

PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 OLEH PRESIDEN GWGF
Bismillhirrahmanirrahim 

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Allah Subhanahuwa Ta'ala kerana dengan izin-Nya dapat saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh ahli dan warga Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) secara khusus dan kepada warga Peneroka FELDA secara amnya. Marilah kita melangkah masuk ke tahun baru ini dengan iltizam yang tinggi dan tekad yang padu untuk melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, cemerlang dan berkualiti.

Sesungguhnya kita semua bernasib baik kerana sepanjang tahun 2015 Negara kita bukan sahaja aman dan stabil, malah semua rakyat dari pelbagai kaum dapat hidup berharmoni, terus maju, makmur dan selamat. Malaysia juga bertuah kerana terus dijauhi daripada sebarang malapetaka besar serta kejadian yang tidak diingini.

Kita telah melalui tahun 2015 dengan cemerlang  Kita telah mencapai pelbagai kejayaan serta pertumbuhan ekonomi yang baik bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dimana hari ini FELDA telah berjaya mencapai ke tahap yang lebih baik dari apa yang kita jangkakan. FELDA kini bukan lagi sekadar rancangan pembangunan tanah bagi penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin seperti ketika ia bermula.

Malah lebih dari itu, program pembangunan yang dicetuskan oleh Bapa Pembangunan Negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ini berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu sebagaimana matlamat penubuhannya, 53 tahun lalu. Nikmat hasil pembangunan tanah ini turut dikecapi oleh generasi kedua dan ketiga Felda yang kini menjadi golongan profesional, birokrat atau usahawan berjaya.

Sebagai seorang anak FELDA dan merangkap pengerusi GWGF, saya ucapkan tahniah kepada seluruh Peneroka FELDA kerana telah berusaha sedaya upaya dan berkerja keras dalam memastikan segala yang telah diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Keringat Peneroka yang telah bersusahpayah memajukan tanah rancangan FELDA dari dulu hingga sekarang, tanpa sokongan dan kerjasama para peneroka mustahil untuk FELDA berada pada tahap sekarang, syabas saya ucapkan.  

Saya merasa amat bangga dengan prestasi dan kejayaan ini yang sememangnya adalah hasil perancangan rapi, pelaksanaan mengikut jadual dan pemantauan yang berterusan. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga GWGF serta masyarakat FELDA kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi melestarikan Felda ke peringkat lebih tinggi.

Namun begitu, saya percaya tahun 2016 akan merupakan tahun yang lebih mencabar. Selaras dengan semangat Tahun Baru marilah kita semua mempertingkatkan azam untuk membawa FELDA ke mercu kejayaan yang lebih tinggi khususnya kepada generasi baru FELDA yang merupakan pewaris legasi dan tamadun FELDA. Insya-Allah dengan usaha yang lebih gigih, dan disiplin yang tinggi serta dengan berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni, FELDA akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan.

Bagi menghadapi cabaran-cabaran ini dan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan bagi tahun 2016, saya berharap ahli dan setiap warga GWGF akan terus memberi kerjasama dan berusaha dengan  lebih gigih serta menunjukkan komitmen, disiplin dan integriti yang tinggi. Amalan kerja secara berpasukan haruslah diterapkan lagi di dalam semua aktiviti dan seterusnya ke arah mencapai konsep 1Malaysia seperti yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan April 2009. Dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, apa yang penting ialah kita harus terus memberikan perkhidmatan yang terbaik yang mencapai standard dunia selaras dengan konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Akhir kata saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 kepada semua warga FELDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Semoga tahun 2016 akan merupakan satu lagi tahun yang cemerlang bagi kita semua.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2016.


Tan Sri Rozali Ismail,
Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Baru FELDA


Read More

FIESTA BIKERS - AHLI SKUAD MUDA 1JPJ (SM1JPJ) NEGERI SELANGOR BEKERJASAMA DENGAN STORM RIDER JUNIOR MALAYSIA (SRJM)

FIESTA BIKERS - AHLI SKUAD MUDA 1JPJ (SM1JPJ) NEGERI SELANGOR BEKERJASAMA DENGAN STORM RIDER JUNIOR MALAYSIA (SRJM)


Shah Alam, 1 November 2015. Kelab Bermotorsikal Storm Rider dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah menganjurkan Fiesta Bikers Ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) Negeri Selangor.





Fiesta ini berlangsung di Perkarangan Stadium Shah Alam Selangor, Selangor pada 1 November 2015 pada jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang yang melibatkan lebih 5,000 orang peserta dari kalangan kelab bermotorsikal dan orang awam di sekitar Lembah Klang.

Antara objektif fiesta adalah bagi mengeratkan hubungan di kalangan rakyat dan membina persepsi positif terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia khususnya di Selangor selain selaras dengan hala tuju strategik Skuad Muda 1JPJ sebagai pemacu gelombang untuk memperkasakan semangat solidariti di kalangan Ahli Skuad Muda SM1JPJ.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah seperti pertunjukan motorsikal tercantik, pertandingan slow ride, pertandingan skill ride, kuiz keselamatan jalan raya, pertunjukan stunt, serta diskaun hebat yuran lesen memandu kelas B dengan 1000 pendaftaran terawal akan menerima hadiah misteri.

Menerusi penganjuran fiesta ini  diharap ianya mampu menarik minat golongan  belia dalam  menyertai lebih  banyak aktiviti sukan permotoran yang rasmi khususnya yang dianjurkan oleh Kelab Bermotorsikal Storm Rider dan juga Skuad Muda 1JPJ  pada masa akan datang.

Selain itu, inisiatif  ini boleh dijadikan sebagai platform asas bagi menyuntik semangat bermotosikal yang sihat dan berhemah di kalangan penunggang khususnya golongan muda Negara selain memberi kesedaran berhubung keselamatan jalan raya kerana lebih 60 peratus kemalangan jalan raya membabitkan golongan penunggang motorsikal.

Diharap Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan terus bekerjasama dengan Kelab Bermotorsikal Storm Rider dalam menyediakan perancangan strategik dan inisiatif pembangunan belia yang mapan dalam melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada

KONVOI SRJM DARI BUKIT TAGAR








































KONVOI SRJM BERSAMA YBHG TAN SRI ROZALI ISMAIL DARI GLENMARIE



















































































YBHG. TAN SRI ROZALI ISMAIL KETIKA TIBA DI PERKARANGAN 
STADIUM SHAH ALAM

































































Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN