Setiap hari Jumaat, pengurusan dan kakitangan GWGF akan membaca Al-Mathurat. Al-
Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Wirid, Doa, Zikir dan Istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa
di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar
sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan
jasmani.
Pengurusan dan kakitangan membca Al-Mathurat
Dari kiri : Puan Liza, Puan Anis dan Puan Myrza
Pengurusan GWGF
Bacaan Doa
Pihak GWGF amat menekankan konsep islamik di dalam kalangan kakitangan dengan mewujudkan suasana Bi'ah Solehah. Antara tujuan lain bacaan Al-Mathurat ini adalah secara tidak langsung akan memberi ketenangan jiwa dan juga akal fikiran. Al-Mathurat adalah zikir yang senantiasa digunakan oleh Rasulullah S.A.W.