SERDANG,
2 April 2016: Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah satu entiti badan
bukan kerajaan (NGO) yang
menggabungkan seluruh FELDA untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi, sosial
dan pendidikan Generasi Baru FELDA khususnya dan membantu dalam pembangunan
FELDA secara amnya telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Generasi FELDA
Membincangkan Masa Depan FELDA: Cabaran & Harapan.
Majlis
ini telah berlangsung di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang,
Selangor pada 2 April 2016 pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang yang
melibatkan lebih 400 orang peserta daripada agensi berkaitan FELDA,
Persatuan Gabungan GWGF, NGO-NGO FELDA, agensi-agensi FELDA serta generasi FELDA
khusus yang menetap di sekitar Lembah Klang.
Majlis
perjumpaan ini diadakan bagi mengumpulkan Generasi Baru FELDA dan wakil-wakil
persatuan dari seluruh negara bersama-sama GWGF dan FELDA dalam berkoloborasi
idea, pengalaman serta merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan kemajuan dan
pembangunan FELDA secara keseluruhannya.
Selain
itu juga perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan masa depan FELDA mengikut
perspektif cabaran dan harapan untuk FELDA dan menfokuskan beberapa isu terkini
berkaitan dengan FELDA,FGV dan FIC seterusnya usul perbincangan ini akan dibawa
kepada YAB Perdana Menteri. Perbincangan ilmiah ini telah melibatkan 14
persatuan Gabungan GWGF yang terdiri ;
1.
Persatuan
Peneroka FELDA Malaysia
2.
Persatuan
Penerokawati FELDA Malaysia
3.
Persatuan
Sukan Bermotor GWGF Malaysia
4.
Persatuan
Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia
5.
Pertubuhan
Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
6.
Dewan
Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
7.
Pertubuhan
Generasi FELDA Universiti Malaysia
8.
Pertubuhan
Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia
9.
Pertubuhan
Silat Generasi FELDA Malaysia
10.
Kelab
Storm Rider GWGF
11.
Pertubuhan
Imam Muda FELDA Malaysia
12.
Kelab
Wartawan Anak-Anak FELDA Malaysia
13.
Pertubuhan
Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia
14.
Kelab
Golf Generasi FELDA
Turut
sama dalam perbincangan ini adalah :
1.
SERANTA
FELDA, Jabatan Perdana Menteri
2. Jawatankuasa
Perunding Peneroka Kebangsaan (JKPP) yang mewakili Peneroka & Penerokawati
seluruh Malaysia.
3.
Majlis
Belia FELDA Malaysia (MBFM)
4.
Pertubuhan
Usahawan Generasi FELDA Malaysia (PUGFM)
5. Permuafakatan
Siswa Siswi FELDA (PERSADA) daripada 22 IPTA seluruh negara.
6.
Gabungan
Profesional FELDA (GAPROF)
7.
Generasi
FELDA Berjaya Dari Seluruh Negara
Perbincangan
dan perkongsian dalam majlis ini adalah amat penting untuk menunjukkan bahawa
kesedian FELDA dalam membantu generasi baru FELDA supaya lebih maju, progresif
& dinamik dalam pelabagai aspek seperti ekonomi, sosial dan pendidikan. GWGF
berharap melalui majlis ini satu sinergi hubungan rapat GWGF dengan generasi
FELDA seluruh Malaysia dapat diteruskan demi pembangunan FELDA keseluruhannya.
GWGF
dan ahli gabungannya akan menyokong sepenuhnya setiap perancangan strategik
yang akan direncanakan oleh pengurusan FELDA dalam membantu Generasi FELDA
mendepani cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi kelak.
GWGF juga menyeru agar setiap lapisan masyarakat khususnya
bangsa Melayu supaya bersatu dan bermuafakat dalam menghadapi segala cabaran
yang mendatang selain mengenepikan perbezaan ideologi politik dalam memastikan
keutuhan perpaduan rakyat Malaysia dapat dikekalkan demi kesejahteraan generasi
masa hadapan.
GWGF juga berharap supaya Kerajaan Persekutuan di bawah
pimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak supaya melihat FELDA
lebih terperinci menerusi penetapan dasar, hala tuju, pentadbiran agensi selain
melihat semula pelan pembaharuan yang ditetapkan agar ianya selaras dengan
wawasan dan visi FELDA itu sendiri. Ramai pemimpin akar umbi FELDA kini berpendapat
supaya hala tuju FELDA diperbetulkan semula agar ianya tidak tersasar daripada
matlamat penubuhan FELDA yang sebenar.
GWGF
juga berpendirian menyokong penuh kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd
Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk terus
menerajui negara dan FELDA bagi meneruskan legasi kempimpinan Allahyarham Tun
Abdul Razak yang telah banyak berjasa dan masyarakat FELDA khususnya dan Malaysia amnya. Di bawah pentadbiran
YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, FELDA telah melaksanakan banyak
pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan demi kemajuan dan
manfaat masyarakat FELDA seiring dengan Pelan Transformasi Kerajaan yang giat
dilaksanakan.
GWGF juga menyeru semua masyarakat FELDA menghargai jasa
serta sumbangan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib dan sentiasa
memastikan tanah-tanah rancangan tidak diganggu gugat oleh pihak yang sentiasa
cuba memecah belahkan kesatuan sedia ada dikalangan masyarakat peneroka di
seluruh negara.