MAKNA LOGO RASMI GWGF

MAKNA LOGO RASMI GWGF

Garisan melengkung yang mempunyai bucu atas yang tajam melambangkan perjalanan GWGF yang melalui cabaran dan halangan mestilah dilaksanakan dengan terperinci supaya segala aspek dapat dirangkumi dari hal yang besar mahupun yang kecil supaya dapat mencapai objektif dan misi serta visi GWGF. 

Tiga garisan melengkung masing-masing mewakili aspek ekonomi, sosial dan pendidikan. Bulatan merah itu pula melambangkan kesepakatan diantara GWGF dan persatuan-persatuan lain di dalam usaha memajukan generasi FELDA. Warna merah menunjukan keberanian dan ketegasan GWGF dalam menjalankan tugas serta berbakti untuk negara.


Read More

KUNJUNG HORMAT PERSADA UPSI KE GWGF

KUNJUNG HORMAT PERSADA UPSI KE GWGF


SHAH ALAM ; 17 NOVEMBER 2015 ; Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar anak FELDA Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kunjungan ini deketuai oleh Sdr. Azdham bin Dahala, Presiden PERSADA UPSI dan disertai oleh 6 orang exco.

Kunjungan hormat dari PERSADA UPSI disambut oleh YBhg. Lt. Kol. (K) Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, Pengarah Urusan GWGF merangkap Timbalan Presiden GWGF. Antara intipati perjumpaan adalah sesi suai kenal dan juga bertukar pendapat. Selain itu juga YBhg. Datuk jua turut berkongsi pengalaman ketika menjadi pimpinan mahasiswa semasa menjadi perwakilan mahasiswa di UPM suatu ketika dahulu.

Di akhir pertemuan Sdr. Azdham merakamkan ucapan penghargaan terhadap GWGF kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan kunjungan hormat ini.





















Read More

LAWATAN MUHIBAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM GHAZALI TAHIR

LAWATAN MUHIBAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM GHAZALI TAHIR


FELDA Kumai, 10 November 2015 : Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah melaksanakan lawatan muhibah kepada keluarga Allahyarham Ghazali Tahir, Mantan Presiden Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia.

Lawatan Muhibah ini diketuai oleh YH. Encik Mohd Ismail Masri, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia dan disertai oleh beberapa pegawai kanan GWGF. GWGF melahirkan rasa simpati keatas pemergian Allahyarham dan menyifatkan pemergian tersebut adalah suatu yang tidak disangka kerana Allahyarham seorang yang sangat memberi komitmen di dalam Pertubuhan Silat ini. Selain itu juga, GWGF banyak terhutang budi dan jasa kerana Allahyarham senantiasa memberi tunjuk ajar dan tidak lokek ilmu untuk berkongsi.

Semoga roh Allahyarham bersama dengan orang yang beriman. Al-Fatihah



















Read More

KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA

KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA
PERTUBUHAN KONTRAKTOR GENERASI FELDA MELAKSANAKAN KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA

JENGKA, 11 November 2015 Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia adalah sebuah persatuan yang diwujudkan untuk menghimpunkan seluruh kontraktor Generasi FELDA di bawah satu payung dan menarik minat para belia dan beliawanis dalam bersama-sama menyertai bidang kontraktor ini. Program ini melibatkan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan mendapat kerjasama daripada Bina BMK Sdn. Bhd selaku konsultan berdaftar bersama CIDB telah mengadakan Kursus Keselamatan dan Kesihatan di Tapak Bina yang melibatkan 60 peserta dari sekitar Wilayah Jengka.

Kursus Keselamatan dan Kesihatan di Tapak Bina ini adalah yang julung kalinya diadakan di Jengka. Kursus ini dirangka khas kepada semua peserta yang hadir terdiri daripada orang awam dan juga kontraktar yang mana kursus ini memberikan pendedahan dan pengetahuan yang lebih menyeluruh kepada peserta mengenai keselamatan ketika berada di kawasan pembinaan khususnya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan keistimewaan kepada pemegang kad hijau yang mana ianya sebagai salah satu medium insuran perlindungan diri ketika melaksanakan tugas.

Menurut pengerusi Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA,,Encik Amran Mohamad menyatakan program ini dapat memberi kesedaran kepada para kontraktor bahawa pentingnya menjaga keselamatan di dalam kawasan pembinaan kerana jika lalai dalam melaksanakan tugasan boleh menyebabkan kemalangan jiwa berlaku. Beliau juga mengharapkan agar kursus ini sebagai pemangkin kepada peserta untuk lebih bekerja dengan semangat dan lebih cakna akan peraturan yang disediakan di kawasan pembinaan.

Program ini diadakan di Dewan Semarak, Mercu View Resort, Bandar Jengka dengan dihadiri YB. Dato’ Wan Salman Wan Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka seterusnya merasmikan perasmian penutup kursus pada hari tersebut. Dalam ucap utama semasa perasmian penutupan, beliau menyeru kepada semua anak-anak FELDA yang ingin mengembangkan kerjaya sebagai seorang kontraktor harus mempunyai ilmu yang cukup di dalam bidang ini supaya apabila melaksanakan sesuatu kerja berkaitan pembinaan ianya dapat disiapkan dan tidak terbengkalai. Menurut beliau lagi sektor industri pembinaan sedang berkembang pesat dan mengharapkan kontraktor bumiputera dapat merebut peluang yang disediakan.


Kursus  ini juga turut dihadiri Encik Mohd Masri Ismail, Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia ,Encik Sakri Latif, Timbalan Presiden Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA, Encik Ramlan Pin Setiausaha Agung Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA, Encik Rosidi Hasan Pengerusi Belia Daerah Bera merangkap Presiden Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA, dan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia.






































































Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN