GWGF KOMITED BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

GWGF KOMITED BERSAMA YAB PERDANA MENTERI
    
   
GWGF KOMITED BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Shah Alam, 30 Julai 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia (GWGF) adalah sebuah badan NGO yang menggabungkan anak-anak Generasi Baru FELDA dan bersama 14 persatuan gabungan yang melibatkan lebih 500,000 ahli daripada generasi FELDA seluruh Malaysia menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah mengambil tindakan yang amat sesuai dalam merombak kepimpinan negara. Rombakan kabinet yang telah dilaksanakan baru-baru ini adalah satu langkah yang positif  bagi mengukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara bagi memastikan keutuhan dan kedaulatan negara ini.

Persatuan gabungan ini terdiri daripada generasi-genarasi FELDA ingin menyatakan sokongan dan sentiasa berdiri teguh dibelakang kepimpinan YAB Perdana Menteri dan barisan kabinet yang baru demi cinta dan kasih sayang kami kepada agama, bangsa dan tanah air. GWGF dan semua 13 badan gabungan yang terdiri seperti berikut ;

1.    Persatuan Peneroka FELDA Malaysia
2.    Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia
3.    Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia
4.    Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA Malaysia
5.    Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
6.    Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
7.    Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia
8.    Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia
9.    Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia
10. Kelab Storm Rider GWGF
11. Pertubuhan Imam Muda FELDA Malaysia
12. Kelab Wartawan Anak-Anak FELDA Malaysia
13. Pertubuhan Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia

GWGF juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru. GWGF menaruh sepenuh kepercayaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri untuk bersama mengembling tenaga bersama YAB Perdana Menteri dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dihormati. Sehubungan itu juga, GWGF juga menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri baru-baru ini.

GWGF yakin dengan barisan kabinet yang baru ini akan dapat menepis segala tuduhan tidak berasas oleh pihak-pihak yang cuba merosakkan keamanan, kekuatan dan kestabilan politik negara.

GWGF juga meminta pihak yang sering membuat tohmahan supaya berhenti melakukan kerja sia-sia ini dan sama-sama membantu negara dan bukannya menghancurkan negara. GWGF berharap dengan barisan kabinet yang mantap ini, negara dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri akan terus maju dan seterusnya Malaysia akan terus disegani dunia.

GWGF komited dan akan sentiasa bersama YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi memastikan kepentingan generasi FELDA secara keseluruhannya terpelihara.

Datuk Haji Abdullah bin Abu Bakar
Timbalan Presiden,

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)
Read More
SHAH ALAM, 14 Julai 2015 : Gabungan Wawasan Generasi Felda menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa yang beralamat di Seksyen 13 Shah Alam. GWGF diwakili oleh YBhg, En. Mohd Ismail Masri, COO GWGF Malaysia dan juga pegawai-pegawai kanan. GWGF juga selain memberi sumbanagan, turut juga meluangkan amsa melawat sekitar sekolah dan penempatan pelajar dari kalangan anak-anak yatim. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringkan beban mereka.








Read More

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 1436H

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 1436H
SHAH ALAM, 13 JULAI 2015 ; Memanjatkan rasa syukur kepada yang Esa kerana telah diberi ruang untuk bersama sama meraikan Ramadhan yang barakah ini. Majlis Khatam Al Quran Ramadahan 1436H memasuki tahun kedua. Majlis ini dihadiri juga wakil pengurusan syarikat iaitu YBhg. Dr Abd Rahim Aw. Kechik dan YBhg. En. Mohd Ismail Masri. Diharapkan amalan seperti ini juga diikuti oleh sektor kerajaan mahupun swasta dan tidak sahaja tertumpu pada bulan Ramadhan sahaja dan harus istiqamah pada bulan bulan lain. Majlis ini dipimpin oleh Sdr. Muhammad Hafiz Bahari. Al Quran adalah pembimbing yang sempurna kepada manusia.



Bacaan doa 


Bacaan Al-quran secara berjemaah


 Bacaan Al-quran secara berjemaah


 Bacaan Al-quran secara berjemaah


Bacaan Al-quran secara berjemaah


YBhg. Dr. Abd Rahim menyampaikan amanat hari raya kepada kakitangan GWGF



Read More

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan
Catatan Bergambar ;
Shah Alam, 13 Julai 2015 ; Majlis berbuka puasa bersama kakitangan syarikat dan pihak pengurusan. Turut hadir , YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF merangkap Pengarah Urusan. Tujuan utama iftar adalah merapatkan ukhwah bersama kakitangan dan juga pemberian duit raya kepada kakitangan. Semoga hubungan ukhwah ini berkekalan sehingga ke syurga. Salam Lailatul Qadr. Majlis iftar ini diadakan di De Palma Hotel Shah Alam.



YBhg. Datuk Haji Abdullah (Jubah Putih) bergambar bersama kakitangan GWGF


En. Mohd Ismail Masri, COO GWGF Malaysia bersama keluarganya


YBhg. Dr. Abd. Rahim Aw. Kechik, COO GWGF Berhad bersama kakitangan menikmati juadah berbuka puasa


Antara sebahagian keluarga yang hadir dalam majlis ini

Read More

MAJLIS BERBUKA PUASA GWGF DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMDHAN 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA GWGF DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMDHAN 2015
GWGF MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

Puncak Alam, 12 Julai 2015. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama Kelab Golf Generasi FELDA menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan Anak Yatim Baitul Fitrah, Rawang dan juga  beberapa Maahad Tahfiz yang terpilih seperti Maahad Tahfiz Habibullah Al-Hafiz, Maahad Tahfiz Al-Quran Sabil Al-Rasyad, Maahad Tahfiz Surau At Taufiqiyyah dan Maahad Tahfiz Ar Rashad. Kesemua Maahad Tahfiz yang terpilih ini berada di sekitar Bandar Puncak Alam.

Majlis berbuka puasa bersama wakil-wakil pertubuhan anak yatim dan Maahad Tahfiz ini dijalankan hasil kutipan derma sempena Penganjuran Pertandingan Golf Amal & Persahabatan yang dianjurkan oleh Kelab Golf Generasi FELDA baru-baru ini. Jumlah kutipan sebanyak RM 56,286.26 digunakan sepenuhnya untuk menjayakan majlis berbuka puasa pada hari ini.

GWGF amat prihatin terhadap anak-anak yang kurang bernasib baik, khususnya anak-anak yatim dan miskin. Bersempana Bulan Ramadan yang mulia ini, GWGF dengan rasa prihatin meraikan mereka bersama-sama dalam majlis berbuka puasa pada hari ini.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF. Turut hadir pada majlis ini adalah En. Ramlan Pin, Presiden Kelab Golf Generasi FELDA, AJK Kelab Golf Generasi FELDA para peserta kejohanan golf dan juga Ahli Majlis Tertinggi GWGF.
GWGF berharap agar semua pihak terutamanya syarikat korporat untuk terus menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan terutamanya pada bulan Ramadhan ini.

Keprihatinan semua dalam membantu golongan yang memerlukan ini secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan.

Majlis ini juga diserikan dengan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hafiz Alias dan disusuli bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Nabil Fikri bin Ahmad Khari serta tazkirah berkaitan Kebaikan Bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Azuwad Adzhar yang merupakan imam Masjid Puncak Alam ini. Majlis diteruskan dengan Solat Tarawih dan jamuan selepas itu.

Sumbangan duit hari raya dan cenderahati daripada GWGF juga diberikan kepada wakil-wakil pertubuhan anak-anak yatim dan Maahad Tahfiz yang hadir dalam majlis ini oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail Presiden GWGF,En. Ramlan Pin Presiden Kelab Golf GWGF serta Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF

GWGF menyumbang sebanyak RM 4000.00 kepada setiap wakil-wakil Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan juga Maahad Tahfiz untuk menjalankan operasi dan menampung keperluan seharian anak-anak yatim tersebut.


YBhg. Datuk Haji Abdullah ABu Bakar, Timbalan Presiden GWGF menyampaikan Ucap Utama sempena Majlis ini


Adik-adik yang menerima sumbanagan duit hari raya bergambar bersama YBhg Datuk Haji Abdullah Abu Bakar


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar (tengah) bersama Presiden Kelab Golf Generasi FELDA (Jubah Putih) menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil Maahad Tahfiz yang terpilih


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar, mengagihkan sumbangan duit raya dari GWGF kepada adik-adik Storm Rider Jr. Racing Team


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar (tengah) bersama Presiden Kelab Golf Generasi FELDA (Jubah Putih) menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil Maahad Tahfiz yang terpilih



Bergambar secara berkumpulan setelah kesemuanya menerima replika cek sumbangan


YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar (tengah) bersama Presiden Kelab Golf Generasi FELDA (Jubah Putih) menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil Maahad Tahfiz yang terpilih



YBhg. Datuk Haji Abdullah Abu Bakar (tengah) bersama Presiden Kelab Golf Generasi FELDA (Jubah Putih) menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil Maahad Tahfiz yang terpilih


Read More

Majlis Perasmian Majid Bandar Puncak Alam

Majlis Perasmian Majid Bandar Puncak Alam
Catatan Bergambar :

Puncak Alam, 10 Julai 2015 ; Majlis Penyerahan Masjid Bandar Puncak Alam kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan yang disaksikan oleh YAB Menteri Besar dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor serta rakyat negeri Selangor.

Masjid Bandar Puncak Alam ini  telah diwakafkan kepada MAIS melalui penyerahan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor. Pada majlis ini juga DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin dan Saudara baru.

Masjid yang dibina dengan bercirikan ukiran dari timur tengah ini boleh memuatkan 5000 orang jemaah pada satu masa. Masjid yang menelan kos RM 30 juta termasuk kos pembinaan serta keunikan seni ukiran Islam ini telah dibuat dan dicadangkan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Beliau merupakan Presiden GWGF, anak jati FELDA Gedangsa, Hulu Selangor dan juga seorang Generasi FELDA yang berjaya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg Tan Sri Rozali Ismail. Semoga Allah merahmati dan membalas jasa YBhg. Tan Sri Rozali dan seluruh keluarga beliau.







Read More

MAJLIS BERBUKA PUASA GWGF DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

MAJLIS BERBUKA PUASA GWGF DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) amat berbesar hati untuk menjemput ahli-ahli GWGF seluruh negara yang berkelapangan untuk hadir ramah mesra bersama pengurusan GWGF dan juga berbuka puasa. Semoga dengan adanya kehadiran ahli-ahli GWGF silaturahim yang terjalin akan lebih akrab.




Read More

PENEROKA MENERIMA DURIAN RUNTUH SEMPENA HARI RAYA

PENEROKA MENERIMA DURIAN RUNTUH SEMPENA HARI RAYA
DURIAN RUNTUH!
Peneroka Felda Terima Dividen, Duit Raya Berjumlah RM88.8 Juta

JELEBU - Sebanyak 98,688 peneroka Felda menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya berjumlah keseluruhan RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata ia melibatkan pembayaran dividen FGV berjumlah RM59,212,800 serta duit raya RM29,606,400.

"Peneroka yang bersama Felda layak terima dividen sebanyak RM600 dan RM300 duit raya...yang tidak bersama Felda, tidak akan terima (dividen dan duit raya)," katanya ketika merasmikan program Ihya' Rahmat Ramadan warga Felda peringkat kebangsaan di Felda Pasoh 4 di sini, Selasa.

Turut hadir bersama kira-kira 5,000 peneroka ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Peneroka yang tidak bersama Felda ialah mereka yang tidak menanam semula bersama Felda atau tidak menghantar hasil ladang kepada Felda, berurus niaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman Felda.

Dalam pada itu, Najib menyeru peneroka untuk terus bersama Felda dan menyokong segala usaha yang dilaksanakan agensi itu dalam meningkatkan pendapatan warganya.

"Kita perlu bersama Felda, jangan banyak sangat ragam, songel...sebenarnya yang mengelirukan orang Felda ini ialah orang yang datang (ke Felda), menjadi makhluk perosak, dialah yang meracuni fikiran sehingga kita buat yang baik pun mereka kata sebaliknya," kata perdana menteri.

Beliau berkata Felda mempunyai pelbagai perancangan untuk menambah punca pendapatan sekalipun menghadapi kekangan dari segi faktor ketiadaan tanah untuk dimajukan sebagai ladang di negara ini.

Katanya FGV merancang membeli tanah seluas 420,000 hektar di Papua New Guinea yang mampu menjana hasil sekali ganda berbanding di negara ini, berdasarkan jenis tanah gunung berapinya yang subur.

Selain itu, katanya pihak FGV juga bercadang membeli 37 peratus ladang milik syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantation bernilai USD680 juta untuk pelaburan jangka panjang.

"Bagaimanapun, kita belum putuskan secara muktamad, kita mesti buat penilaian dahulu untuk tentukan harga terbaik, bila dah ada kata sepakat barulah kita buat keputusan muktamad...harap boleh buat keputusan tak lama lagi," katanya.

FGV juga, kata Najib merancang memasuki pasaran Indonesia bagi memasarkan pelbagai produk Felda termasuk minyak masak.

Beliau berkata kesemua pelaburan itu jika berjaya dimuktamadkan dijangka mampu meningkatkan pendapatan warga Felda selain mengukuhkan saham FGV.
Read More

MAJLIS DIALOG BERSAMA NGO-NGO ISLAM DAN IFTAR BERSAMA YB MENTERI DI JPM

MAJLIS DIALOG BERSAMA NGO-NGO ISLAM DAN IFTAR BERSAMA YB MENTERI DI JPM
ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2015 - Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) hadir ke Majlis Dialog Bersama NGO-NGO Islam dan Berbuka Puasa Bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi GWGF Malaysia YBhg. Tuan Mohd Ismail Masri dan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan GWGF antaranya En. Muhammad Hafiz Hj Bahari, En. Mohamad Hafizzi Sabudi, En. Anas Alimor dan En. Hafizul Hakim.

Majlis ini berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan yang melibatkan hampir 30 wakil-wakil NGO-NGO Islam antaranya yang dapat disebut adalah Institut Kajian Startegik Islam Malaysia (IKSIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Islamic Releif Malaysia, Perubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Perseketuan Dan Selangor (PITIWPS) dan lain lain lagi. 

Antara tujuan utama majlis dialog ini diadakan adalah untuk membolehkan wakil-wakil NGO ini mengajukan soalan mahupun pendapat kepada pihak kerajaan yang diwakili oleh YB. Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang 'Portfolio' agama. Ketika majlis tersebut, YB Dato' Seri Jamil Khir turut mengupas beberapa isu-isu semasa yang melibatkan pentadbiran YAB Perdana Menteri seperti isu 1MDB, Tabung Haji dan lain lain. Apa yang ditekankan oleh beliau bahawa, perkara yang berlegar tidak disandarkan dengan bukti yang kukuh boleh diklasifikasi sebagai fitnah dan ianya akan merosakan hubungan sesama muslim. Lantara itu beliau turut menjelaskan bahawa ketajaman lidah melebih sebilah pedang yang tajam kerana mampu merosakan segalanya.

Di akhir dialog yang diadakan semalam, penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan NGO-NGO Islam yang sudi hadir dan memberi komitmen yang begitu tinggi dalam menjayakan majlis ini

Turut hadir dalam majlis ini adalah Mufti Wilayah Perseketuan, Ketua Pengarah Jakim YBhg. Datuk Othman Mahmood.


Bersama YDP YADIM YB Senator Dato' Dr. Ashraf Wajdi Dusuki


Bersama Setiausaha Kewangan CUEPACS Tuan Jaafar Mansor


Slide Show Majlis 


Dari Kiri : En. Hakim, En. Hafizzi, dan En. Mohd Ismail Masri


Bersama Persenoliti TV AlHijrah YBhg. Ustaz Muhidin Mokthar

Read More

SAMBUTAN HARI PENEROKA 7 JULAI 2015

SAMBUTAN HARI PENEROKA 7 JULAI 2015
sebidang tanah pusaka bangsa

Liarnya hutan telah diteroka
dari rimba terpasak menjadi persada
ditembus tanah menjadi rumah singgahsana
di balik zaman terdengar domba sengsara
peritnya nasib sebidang pusaka

Ayahnya bertitah
‘wahai peneroka sekelian
tanah ini pusaka melayu
jangan digadai walau seinci debu’
titah anaknya bercanggah
‘wahai peneroka seluruhnya
melayu harus mulia dan maju
maka gadailah segala pusaka tanpa ragu keliru’

Bangun peneroka Johor 
yang tidur
bangkit peneroka Pahang 
yang enak kenyang
sedarlah peneroka Selangor
yang masih berdengkur
maralah wahai peneroka
di bumi Negeri Sembilan
di timur Terengganu, Kelantan
di utara Perak, Kedah, Perlis
bumi sejarah Melaka
dan Sabah, Sarawak
marak wahai peneroka
langkah murnimu penyelamat bangsa pusaka

Khianat ini mulai nyata
seluruh tawa tanah bangsa
akan tergadai bersama derita
dan renjis keruh peneroka
tidak akan bergema riang dan jaya
semuanya beralasan rakus semata
bangsa pasti akan hancur
negara pasti akan lebur
jika pemerintah yang bertakhta
adalah pemerintah beresmi
penjilat dahi kilat materialis

Ini tanah milik peneroka
ini tanah bukan boleh dipersenda
ini tanah pusaka bangsa
sebutir tanah ini
adalah detak nadi milik peneroka
tanah ini harus dipertahankan
biar keruh keringat
peluh berkudrat
tawa tangisan
susah payah
jerih terkehel urat
hujan hangat
siang malam
pagi petang
subuh senja
walau sawit, tebu, getah
semuanya adalah nyawa peneroka
jangan biarkan tergadai seluruh maruah
pusaka bangsa adalah pusaka maruah
tanah ini adalah tanah bangsa

Tidak akan restu langit hiba
tidak akan restu gembala di rimba
tidak akan restu tanah derita

Gagah pemerintah bertitah
seluruh tanah seluas pusaka
akan terus tergadai
ah! Kata mereka akan menguntungkan peneroka
untung milik siapa
pasti untung milik mereka sang pemerintah
peneroka, hanya dapat melihat
pusaka mereka terus tergadai lumat

Zaman ini manis mulut bicara
perit, pahit hanya rakyat yang merasa
tanah ini adalah pusaka bangsa
tanah ini adalah pelita negara
jangan digadai walau sebesar debu permata 
berdirilah dengan teguh sambil bertanya
‘apakah waris bangsa
masih mampu punya pusaka kelak?’


Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN