Bismillhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Satu
Malaysia
Alhamdulillah, bersyukur
ke-hadrat Allah Subhanahuwa Ta'ala kerana dengan izin-Nya dapat
saya
ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh ahli
dan warga Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) secara khusus dan kepada warga
Peneroka FELDA secara amnya. Marilah kita melangkah masuk ke tahun baru ini
dengan iltizam yang tinggi dan tekad yang padu untuk melaksanakan segala tugas
yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, cemerlang dan berkualiti.
Sesungguhnya kita semua bernasib
baik kerana sepanjang tahun 2012 Negara kita bukan sahaja aman dan stabil,
malah semua rakyat dari pelbagai kaum dapat hidup berharmoni, terus maju,
makmur dan selamat. Malaysia juga bertuah kerana terus dijauhi daripada sebarang
malapetaka besar serta kejadian yang tidak diingini.
Kita telah melalui tahun 2012 dengan cemerlang
Kita telah mencapai pelbagai kejayaan serta pertumbuhan
ekonomi yang baik bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dimana hari
ini FELDA telah berjaya mencapai ke tahap yang lebih baik dari apa yang kita
jangkakan. FELDA kini bukan lagi sekadar rancangan
pembangunan tanah bagi penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin
seperti ketika ia bermula.
Malah lebih dari itu,
program pembangunan yang dicetuskan oleh Bapa Pembangunan Negara, Allahyarham
Tun Abdul Razak Hussein ini berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu
sebagaimana matlamat penubuhannya, 53 tahun lalu. Nikmat hasil pembangunan
tanah ini turut dikecapi oleh generasi kedua dan ketiga Felda yang kini menjadi
golongan profesional, birokrat atau usahawan berjaya.
Sebagai seorang anak
FELDA dan merangkap pengerusi GWGF, saya ucapkan tahniah kepada seluruh
Peneroka FELDA kerana telah berusaha sedaya upaya dan berkerja keras dalam memastikan
segala yang telah diberikan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Keringat
Peneroka yang telah bersusahpayah memajukan tanah rancangan FELDA dari dulu
hingga sekarang, tanpa sokongan dan kerjasama para peneroka mustahil untuk
FELDA berada pada tahap sekarang, syabas saya ucapkan.
Saya
merasa amat bangga dengan prestasi dan kejayaan ini yang sememangnya adalah
hasil perancangan rapi, pelaksanaan mengikut jadual dan pemantauan yang
berterusan. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga GWGF serta masyarakat FELDA
kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi melestarikan
Felda ke peringkat lebih tinggi.
Namun begitu, saya
percaya tahun 2013 akan merupakan tahun yang lebih mencabar. Selaras dengan
semangat Tahun Baru marilah kita semua mempertingkatkan azam untuk membawa
FELDA ke mercu kejayaan yang lebih tinggi khususnya kepada generasi baru FELDA
yang merupakan pewaris legasi dan tamadun FELDA. Insya-Allah dengan usaha yang
lebih gigih, dan disiplin yang tinggi serta dengan berpegang kepada nilai-nilai
hidup yang murni, FELDA akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun
hadapan.
Bagi menghadapi cabaran-cabaran ini dan mencapai
sasaran kerja yang ditetapkan bagi tahun 2013, saya berharap ahli dan setiap
warga GWGF akan terus memberi kerjasama dan berusaha dengan lebih gigih serta menunjukkan komitmen,
disiplin dan integriti yang tinggi. Amalan kerja secara berpasukan haruslah
diterapkan lagi di dalam semua aktiviti dan seterusnya ke arah mencapai konsep
1Malaysia seperti yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan
April 2009. Dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, apa yang penting ialah
kita harus terus memberikan perkhidmatan yang terbaik yang mencapai standard
dunia selaras dengan konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Akhir kata saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun
Baru 2013 kepada semua warga FELDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Semoga
tahun 2013 akan merupakan satu lagi tahun yang cemerlang bagi kita semua.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.
Tan Sri Rozali Ismail,
Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Baru FELDA