MAKLUMAT AM :
Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 21hb November 2010 oleh Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan merupakan satu saluran alternatif baru kepada warga FELDA untuk menyuarakan aduan dan pandangan berkaitan permasalahan yang dihadapi. BAPAK merupakan satu biro perantara dimana masalah dan aduan yang disampaikan oleh warga FELDA akan di salurkan kepada pihak yang berkenaan. Berpegang kepada slogan “Masalah anda, Masalah kami”, BAPAK berharap ianya dapat memberi faedah kepada semua warga FELDA terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkit oleh warga FELDA.
VISI
Peneraju utama penyelesaian masalah warga FELDA
MISI
Menjadikan Biro Aduan GWGF sebagai tempat aduan utama berkaitan masalah rancangan tanah FELDA dan generasi baru FELDA.
OBJEKTIF
· Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan.
· Untuk mendapat maklum balas warga FELDA bagi menjayakan pembangunan di dalam tanah rancangan FELDA.
· Untuk menyelia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada warga FELDA.
· Untuk memberi khidmat nasihat kepada pengadu dan agensi berkaitan dan meningkatkan sistem pengurusan aduan.
JAWATANKUASA BERSAMA GWGF-BAPAK
Pegawai daripada FELDA : 5 orang
Pegawai daripada GWGF : 5 orang
SALURAN ADUAN
· Talian Bebas Tol : 1-800-88-4943 (8.00 PAGI HINGGA 6.30 PETANG)
· SMS : 019- 389 4943
· Faks : 03-5518 0996
· E-mel : aduan@gwgf.org.my
· Surat & Borang Aduan
· Portal : www.gwgf.org.my/aduan
· Sukarelawan GWGF di 317 buah Tanah Rancangan FELDA