sebuah sajak "Aku & Dia"

sebuah sajak "Aku & Dia"
AKU DAN DIA

Aku dan Dia.....sama
1 matlamat, 1 Tujuan, 1 Wawasan
Aku perantau sejati, harus tahu bawa diri
Ingin berdikari , merubah nasib sendiri

Di mana aku ditempatkan
Tak menjadi persoalan
Di situ adat dikendong
Di situ juga budaya dijunjung

Aku anak jantan, tak gentar cabaran
Ranjau dan duri dah aku redah
Laksana manau, seribu kali embat
Haram tak patah
Semua itu aku tak kisah
Asalkan kehidupan aku berubah

Pertolongan dia tiada batasan
Bak dunia tanpa sempadan
Ibarat air sungai mengalir tanpa henti
Tak mengira haluan....kanan atau kiri

Jasa dia tidak terbilang
Dia bersama ku susah dan senang
Dia lah sebenar ‘Peneroka’
Dia lah perintis, dia lah ‘senior’
Dia yang memulakan segalanya
Menentu sempadan 4 penjuru
Memecah kesunyian nyanyian rimba
Ada dahan teguh tempat bergantung
Pohon yang rimbun tempat berteduh
Benih yang baik, jatuh ke laut kan jadi pulau jua

Dan aku....
Kan perjuangkan hingga selesai
Bakti Di Semai, Bukti Di Tuai
Kata keramat itu sudah terungkai
Tanpa dia, entah aku di mana
Dia lah FELDA, Hanya 1 Di Dunia

Terima kasih pada rang tua
Terima kasih kepada semua
Yag memberi restu, yang menentu arah tuju
Doa kalian tiada hijab
Kehidupan selesa telah tersingkap

Aku bersujud pada yang Esa
Aku bersyukur jadi ‘Peneroka’
Dari tak punya apa-apa, kini mempunyai segala
Ingin ku ucapkan sepatah kata
‘Selamat Hari Peneroka’
Buat Aku, Dia, dan insan-insan yang bergelar ‘Peneroka’

Nukilan : Pelangi Senja
Read More

Maklumat homestay FELDA

Maklumat homestay FELDA
Maklumat homestay FELDA

Pahang
Bil Wilayah FELDA Nama/no tel
1 Jengka Jengka 25 EN SAPIE EMBUNG / 09-4862728
2 Mempaga Mempaga 1 Encik Rosli Bin Abdul Majid/609-2231255 / +6013-2536904
3 Mempaga Sg Koyan 2 Zul/+6016 9165386
Safari /+6012 6279453
4 Mempaga Kemasul
5 Kuantan Lepar Hilir 1,2,3 Mohd Sidek Ibrahim /609 - 5495421
6 Jengka FELDA Resident Sg Tekam Tekam Plantation Resort
Tel: 609-4718300/301

Johor
Bil Wilayah FELDA Nama/no tel
1 Johor Bharu Semenchu Omar Dean /6019 - 701 9484
2 Johor Bharu Adela Iswan/012 7845800
3 Hajah Zainon/019 7757277



Terengganu
Bil Wilayah FELDA Nama/no tel
1 Terengganu Selasih Wan Nawi bin Wan Kadir/09-6976894

Alor Setar
Bil Wilayah FELDA Nama/no tel
1 Alor Setar Mata Air Mahasa / 6012-4428279/+604-9490153

Perak
BIL WILAYAH FELDA NAMA/NO TEL
1 Trolak Sg Klah 605-4389882
2 Trolak Gunung Besout Puan Khatijah Binti Awang Desa/013-5900016


Selangor
Bil Wilayah FELDA Nama/no tel
1 Trolak Sg Tengi 03-60421291

Negeri Sembilan
Bil Wilayah FELDA Nama/no tel
1 Raja Alias Serting Hilir 4 06-4685424
Read More

TALIAN ADUAN

TALIAN ADUAN